Selasa, 1 November 2011

KELUHAN

Tuesday, November 1, 2011

YA ALLAH AKU BERSERAH, KALAU BN PERINTAH RAKYAT AKAN PARAH

Tertekan.
Jiwa berselirat beban.
Segalanya serba tidak kena.
Dihantui bayang-bayang resah.

Itu semua adalah mainan biasa bagi mereka yang pernah berhutang dan dikejar pemiutang. Malah jika ada yang tersasul jalan memilih Ah Long sebagai tempat berhutang, barangkali hidup pasti lebih parah dan tertekan. Ah Long sebagaimana umum tahu, mereka akan menggunakan apa sahaja cara ‘hitam’ demi mendapatkan wang kembali. Bukan itu saja, mereka juga akan mengenakan ‘bunga’ yang sama sekali tidak masuk aqal bahkan menyeksa penghutang.

Masalah hutang yang paling popular saat ini ialah PTPTN. Saya percaya, sangat ramai graduan Universiti yang berhutang dengan PTPTN masih belum mampu membayar apatah lagi melunaskan kesemua jumlah ribuan ringgit hutang yang bergunung itu. Dan dalam banyak-banyak graduan yang tidak mampu membayar hutang, bukanlah kesemuanya berniat tidak mahu membayar, tetapi barangkali atas faktor keluarga, silsilah hidup yang naif, susah mendapat peluang pekerjaan, gaji yang tidak setimpal, kos sara hidup yang menekan atau apa sahaja problem yang menghantui penghutang.

Segalanya ini tentu saja boleh menyebabkan penghutang terdesak dan tertekan. Bahkan lebih menyesakkan bilamana sistem kehidupan kapitalisme sekarang sangat terarah menjahanamkan manusia supaya selalu terikat dengan bebanan hutang atau dipaksa membayar segala kos protokol hidup yang tidak munasabah. Sila baca mengenai konteks mengenakan riba, bunga, cukai, tol, perompakan wang rakyat, kenaikan harga barang mendadak dll.

Bayang-bayang Hitam Hutang

Terus terang saya katakan, saya juga saat ini dihantui oleh lembaga hitam bernama hutang. Lembaga hitam ini mula mengganas bila mana saya melangkah keluar dari alam IPT, dan terus mengejar ke benua Ardhil Kinanah. Segala surat menuntut bayar balik pinjaman – MARA, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah – terus menerus dihantar ke rumah.

“Jika tidak melunaskan, akan diambil tindakan undang-undang.” Ini amaran surat.

Surat amaran turut dihantar kepada penjamin, yang juga sekampung dengan saya. Maka, apabila surat itu sampai yang seringkali menjadi mangsa perli sinis ialah mak saya sendiri.

“Nanti kalau ada duit, bayarlah balik hutang. Mak terasa juga bila orang dok cakap-cakap pasal itu. Cakap pula di depan orang ramai, lebih lagi terasa.”

Pengaduan mak membuatkan telinga saya panas berdesing. Terngiang-ngiang sehingga kini. Ia bagai halilintar membelah bumi, terus menusuk ke sukma tanpa terhalang.

“Tak apa mak, nanti Farid cuba usahakan untuk bayar, dan buktikan pada mereka.” Gigi geraham saya berketuk-ketuk menahan geram.

Usaha Bermula

Dipertengahan tahun 2010, saya mendapat sokongan dan idea dari rakan-rakan blogger untuk menghimpukan artikel bagi mengeluarkan sebuah buku sendiri. Terdetik di hati, mungkin dengan cara ini selain dapat menyebarkan secebis ilmu, dapat juga saya menjelaskan hutang tertunggak itu.

Saya bersetuju dengan sebulat suara untuk menerbitkan buku tersebut. Pada asalnya buku itu akan diterbitkan di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Namun atas sebab-sebab teknikal, ia tidak berjaya dicetak di sana. Saya jadi sedikit kecewa. Lantas pulang ke Malaysia, dengan harapan besar buku itu boleh diterbitkan di Malaysia.

Kemudian saya cuba menghantar buku tersebut ke syarikat penerbitan di Malaysia. Akan tetapi tiada jawapan balas positif. Sehinggalah satu hari saya dicadangkan oleh seorang rakan untuk menerbitkan secara sendiri. Ini bermakna saya memerlukan wang sebanyak RM5,000 sebagai modal untuk kos percetakan.

Alhamdulillah, selepas daripada itu ada seorang hamba Allah sudi membantu. Beliau menyuntik modal penuh sebanyak RM5,000. Saya berjanji padanya akan membayar setelah mendapat hasil. Lantas saya mengusahakan sendiri dengan menjual buku tersebut ke serata tempat. Ini termasuklah meletakkan buku tersebut di toko-toko buku terpilih dan mengedarkannya kepada rakan-rakan.

Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat tawaran daripada Mustread Sdn. Bhd. untuk mencetak buku Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara. Tawaran itu tidak saya lepaskan memandangkan pasaran berwasilahkan syarikat penerbitan buku agak luas berbanding dipasarkan sendiri.

Selesai cetak, pihak Mustread memanggil saya untuk ke pejabat utama di Kuala Lumpur bagi menandatangani kontrak perjanjian. Pihak Mustread juga bertanyakan kepada saya mengenai buku Travelog yang berada di pasaran ketika itu. Mereka menyuruh saya menarik balik kesemua buku tersebut kerana ia telah melanggar etika perjanjian kontrak. Saya terkesima sebentar.

Dalam fikiran saya, tidak lain tidak bukan hanya memikirkan bagaimana untuk menjual buku berjumlah 1000 naskhah dan membayar balik wang pinjaman RM5,000. Walhal penjualan buku Travelog tersebut telah terbantut, dan sudah tentu ia bakal menjadi khazanah yang melorekkan garis hitam dalam kehidupan saya. Saya menyesal. Tetapi sesalan itu tidak lagi membawa apa-apa erti. Saya harus menelan hempedu kerugian.

Hingga saat ini, saya hanya mampu mengedarkan buku dan menjual kepada kenalan rapat. Tidak lagi mampu menyebarluaskan walaupun dengan mengiklan di laman sosial ataupun blog.

Buntu.

Proses Menuntut Hutang

Seperti yang dijanjikan, pemiutang akan segera memungut hutang apabila sampai tempohnya. Saya pula masih terkial-kial sendiri – jadi serba tidak kena. Manakan tidak, hampir beratus buah buku Travelog ini bertimbun di rumah. Sedangkan pemiutang sudah berkali-kali tanya mengenai hutang tersebut. Jujurnya, saya bukan berdiam diri untuk menghasilkan duit. Khususnya demi melangsaikan hutang tertunggak. Siang malam saya bekerja keras mengumpul wang, tetapi ada saja dugaan yang menimpa.

Membina Perniagaan Sendiri

“Abang berniaga ini bukan apa, disamping untuk keperluan kita, abang perlu tolong keluarga dan yang paling penting mahu selesaikan hutang.”

Berkat pertolongan isteri dan hasil duit yang saya kumpulkan. Saya bina perniagaan sendiri – Fareiyla Design & Souvenirs Enterprise. Modal permulaan hanya dikumpul sikit demi sedikit. Antara sebab utama untuk saya berniaga ialah mahu membayar hutang tertunggak.

Siang malam saya bertungkus lumus, bahkan hingga larut malam saya bekerja sendirian di kedai hanya semata-mata mahu mengumpul wang segera. Tetapi perancangan Allah SWT lebih hebat.

Bulan Oktober, adalah tarikh yang saya janjikan untuk membayar hutang. Allah SWT hadirkan ujian dengan berupa kesempitan wang. Kereta saya rosak dan kosnya memakan himpunan wang dikumpul. Dalam kesempitan itu, abang saya juga mahu melangsungkan perkahwinan dan dia memohon agar saya membantu sedikit sebanyak perbelanjaan persiapan kahwin.

Saya buntu lagi.

Ramai orang menyangka saya sudah jadi kaya-raya serta jutawan apabila memilik syarikat sendiri. Hakikatnya hidup bukan semudah kalian berbicara. Mahu berjaya, bukan semudah memasak Mee segera. Demi Allah, saya tidak lari daripada mahu membayar hutang. Siang dan malam saya memikirkan tentangnya, bahkan berusaha keras ke arah itu!

“Ya Allah, hanya Engkau aku berserah dan mengharap. Allah, bantulah aku…”

9:21PM, 16 Oktober 2011,
Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com

Isnin, 31 Oktober 2011

ASAL USUL MANUSIA

 Awal ciptaan makhluk (Manusia) dan Nur Muhammad


Dibawah ini merupakan petikan dari Buku "Sirrul Asrar" oleh As-Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, muka surat 10 hingga 16.

Makhluk yang pertama yang di ciptakan oleh Allah adalah Ruh Muhammad saw. Ia diciptakan daripada cahaya 'Jamal' Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam hadis Kudsi "Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat Ku". Nabi Muhammad saw, juga bersabda: "Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruh ku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahaya ku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal". Ruh, cahaya, qalam dan akal pada dasarnya adalah satu iaitu hakikat Muhammad. Hakikat Muhammad di sebut "nur", kerana bersih dari segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagaimana firman Allah "Telah datang kepada mu cahaya dan kitab penerang dari Allah". Hakikat Muhammad di sebut juga akal, kerana ia yang menemukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut qalam kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk sesuai dengan sabda Rasulullah saw: "Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku". Dan dari ruh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua ruh di alam 'Lahut' dalam bentuk yang terbaik yang hakiki. Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut.


Alam Lahut adalah negeri bagi seluruh manusia. Allah menciptakan Arasy dari cahaya zat Muhammad saw. Bagitu juga makhluk lain berazal dari zat Muhammad. Selanjutnya ruh-ruh di turunkan ke alam yang terendah, di masukan pada makhluk yang terendah iaitu jasad. Sebagaimana firman Allah "Kemudian Aku turunkan manusia ke tempat yang terendah" Proses turunnya adalah setelah ruh diciptakan di alam Lahut, maka di turunkan ke alam Jabarut dan di balut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua haram lapis kedua ini di sebut ruh 'Sultani'. Selanjutnya ia di turunkan lagi ke alam Malakut dan di balut dengan cahaya Malakut yang di sebut ruh 'Ruhani'. Kemudian di turunkan lagi ke alam Mulki dan di balut dengan cahaya Mulki. Lapis ke empat ini di sebut ruh 'Jismani'. Selanjutnya Allah ciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana firman Allah: "Dari bumi aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikan mu. Dan dari bumi pula lah aku mengeluarkan mu". Setelah terujud jasad, Allah memerintahkan ruh agar masuk ke dalam jasad, maka ruh masuk ke dalam jasad, sebagaimana firman Allah: "Ku tiupkan ruh dari Ku ke dalam jasad". Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut iaitu hari perjanjian: "Bukankah Aku ini tuhan mu" Ruh menjawab, "Benar, engkau adalah Tuhan kami".


Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal. Kerana itu, dan kasihnya Allah menolong mereka (manusia) dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal mereka, sesuai dengan firman Allah "Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah", iaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah (ruh) di alam Lahut. Lain halnya dengan para nabi, mereka datang ke bumi dan kembali ke akhirat, badannya di bumi, sedangkan ruhnya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini. Sangat sedikit orang yang sedar dan kembali serta berkeinginan dan sampai ke alam asal mereka. Kerana sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad Rasulullah, penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam terang. Ia di tulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka hatinya. Nabi mengajak manusia agar kembali dan sampai serta bertemu dengan 'Jamal Allah' yang azali, sesuai dengan firman Allah: "Katakanlah, Ini adalah jalan Ku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikut Ku". Nabi bersabda "Para sahabat ku seperti bintang-bintang, mengikut yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk".


Pada ayat tadi di jelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran di sebut 'basyirah'. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada 'Mata Hati' bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan Ilmu Zahir saja, tetapi untuk membukanya harus dengan Ilmu Ladunni Batin (ilmu yang langsung dari Allah). Sesuai dengan firman Allah "Kepada dia Ku berikan ilmu yang langsung dari Ku". Untuk menghasilkan basyirah, manusia mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid yang telah berkomunikasi dengan alam lahut. Wahai saudara ku, masuklah pada 'tariq' (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada tuhan mu bersama golongan ahli ruhani. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri asal (Alam Lahut).


SUMBER;USTAZ SUFI

Ahad, 30 Oktober 2011

PEMANDU TEKSI TAK PUAS HATI

        
            SAYA mewakili semua pemandu teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan.Ada lebih 35,000 ke 40,000 pemandu teksi di dua tempat ini.Sebenarnya kami ini tidak ada tempat untuk mengadu.Tidak tahu arah mana yang hendak di tuju.Kebanyakkan kami tidak berpuashati dengan kerajaan yang ada sekarang.Tiada pembelaan terhadap kami pemandu teksi semua.
            Permit dikeluarkan tiada had.Teksi di Malaysia ada berbagai-bagai warna dan kategori.Berbagai masaalah yang kami hadapi dengan pihak berkuasa.Hendak mengadu dengan Persatuan,Persatuan pun tutup mulut apabila mendapat beberapa permit teksi.Mengadu dengan pihak berkuasa pun sama saja.Jadi disini kami maklumkan sedikit sebanyak masaalah yang telah lama kami hadapi.
            Dulu kami fikir Penguatkuasa yang lama bersikap kejam,tapi sekarang SPAD lagi kejam.Belum lagi masaalah dengan Syarikat Teksi punya Kuku Besi
            Sekarang ni,kami tidak dibenarkan meninggalkan teksi langsung.Menunggu ditempat menunggu teksi pun salah.Tempat menunggu teksi boleh memuatkan cuma 3-4 buah teksi sahaja.Jadi,kemana arah teksi yang beribu lagi tu nak pergi?Asyik-asyik nak kena saman je.Kami selalu dihalau macam anjing apabila menunggu penumpang.Tidak kira siang dan malam,Waktu pagi ke,subuh ke,yang lebih memalukan dan menyedihkan kami diherdik atau dihalau di hadapan Pelancong Luar Negeri.
            Bayangkan,Pelancong menahan teksi kita,kita pun berhenti.Baru hendak tanya kemana,Penguatkuasa berlari nak saman kita.Penguatkuasa ini terdiri daripada orang muda yang baru hendak belajar bagaimana hendak saman orang.Jadi kalau masing-masing sudah macam hendak tutup periuk nasi pemandu teksi,kenapa keluarkan permit teksi beribu-ribu?
            Pendapatan Pemandu teksi bukannya banyak sangat.Selalunya,pendapatan yang diperolehi asyik habis untuk membaikpulih teksi.Teksi Malaysia,faham-faham ajelah, memang banyak buruk dari yang elok.Pergilah jengok kat kawasan Pavillion tu,berlambak teksi dalam kerosakkan.
            Di KLCC lain pulak cerita,hendak ambil penumpang pun tidak boleh kecuali membayar yuran bulanan.Menurunkan penumpang sahaja yang boleh.Ada pula Syarikat yang dapat untung atas angin.Sebelum ini tidak ada.Setiap penumpang yang ingin mendapatkan perkhidmatan teksi didalam kawasan KLCC dikehendaki membayar RM 2.00 kepada syarikat terbabit.
             Oleh itu kami memohon dan berharap andaikata PAS,KEADILAN,DAP (PAKATAN RAKYAT) berjaya memerintah Negara tolonglah ambil perhatian dengan masaalah-masaalah kami ini.Hantarlah wakil-wakil Parti untuk menemuduga mana-mana pemandu tesi yang ada ini.Baik Melayu,India mahupun Cina boleh dikatakan kami tidak berpuashati dengan keadaan sekarang ini.Buat satu perjumpaan dengan kami.Kalau hendakkan sokongan kami ada lebih 30,000 pemandu teksi yang inginkan perubahan.

Surat Pembaca Harakah melalui E-mel.
ROSLI KASIM

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

▼

Powered By Blogger Widgets


TUHANKU,AKULAH HAMBA YANG BODOH DALAM ILMU PENGETAHUAN KU INI,MAKA BAGAIMANA TAKKAN BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH TIDAK MENGETAHUINYA.

air

TUHANKU, AJARKAN AKU DARI ILMU YANG LANGSUNG DAN MASIH TERSEMBUNYI DIDALAM PERBENDAHARAANMU DAN PELIHARALAH AKU DENGAN RAHSIA NAMAMU YANG TERPELIHARA.
TUHANKU, KELUARKANLAH AKU DARI KERENDAHAN DIRIKU(nafsuku)DAN BERSIHKAN AKU DARI KERAGUAN DAN SYIRIK SEBELUM MASUK KE LUBANG KUBURKU,BEBASKAN DIRIKU DARI TAWANAN HAWA NAFSUKU SERTA BERIKAN DAKU KEYAKINAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN SEGALA RAGU DAN KESYIRIKKAN.
TUHANKU,BAGAIMANA AKAN DIHARAPKAN SESUATU SELAIN ENGKAU,PADAHAL ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN PERTOLONGAN DAN KEBAIKKANMU DAN BAGAIMANA AKAN DIMINTA SELAIN DARI ENGKAU SEDANGKAN ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN MEMBERI KURNIA.
TUHANKU,HARAPAN KU TIDAK PERNAH PUTUS DARIMU MESKI PUN AKU TELAH BERBUAT DOSA MAKSIAT, DEMIKIAN PULA RASA TAKUT KU PADAMU TIDAK HILANG MESKIPUN AKU TELAH TAAT DAN PATUH PADAMU.
TUHANKU,ENGKAULAH TUHAN YANG TIDAK ADA TUHAN KECUALI ENGKAU.


Hadits shahih, riwayat Abu Dawud no.2118, an-Nasa-I III/104-105, ad-Darimi II/142, Ahmad I/392-393, 432, ‘Abdurrazzaq no. 10449, ath-Thayalisi no. 338, al-Hakim II/182-183, al-Baihaqi VII/146 dari Sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud Radiyallahuanhu. (Lihat Kutaib Khuthbatul Haajah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani Rahimullah).

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Rasulullah Shallallah alaihi wa sallam, sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtdAfSp7PwprfbBFbUmRAh1ncIZICD0qw8or3_JEweFjUu71xtz90B4P48UaY3NbMjDvBYKYetKcFWvA76rAxTyrIcPJCF6CCgR4K10AjuGj7n9L9YnCMSqfyXaMHC2Ypy7vZ01RxgK2lV/s400/qaradawi.jpg
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
atau,
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
10. Widget Pencarian ayat dan hadits Kodenya:
Search in Quran and Hadith

2 Pictures, Images and Photos
KLIK MONITOR UNTUK TV LIVE

 

Powered by BannerFans.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.

عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.


Dari Abi Ja’far as berkata:


“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”

قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.

“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”

قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.

Rasulullah saw bersabda:

“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”