Khamis, 6 Oktober 2011

AQIDAH


Kita meyakini Aqidah Islam. Manhaj aqidah yang kita anuti ialah manhaj Aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah kerana manhaj itu menepati Aqidah yang asli dari al-Quran dan as-Sunnah. Aqidah Islam adalah keyakinan yang bersumberkan ilmu/makrifah. Ia sebagaimana diungkapkan oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali “Iman ialah makrifah yang menjadi keyakinan”. Ia bukan keyakinan yang membuta tuli, tetapi keyakinan yang bersumber kepada ilmu. Kerana itu aqidah Islam adalah aqidah ilmu. Ilmu di sisi ulamak Islam bukan semata-mata maklumat kerana maklumat ada yang benar dan ada yang salah, ada yang meyakinkan dan ada yang semata/mata sangkaan atau waham.
Ilmu dalam Islam adalah suatu maklumat yang saheh dan benar. Dalam mengungkapkan ilmu, para ulamak mendefinisikannya sebagai “Mengetahui sesuatu menepati apa yang sebenarnya”. Untuk mencapai hakikat ilmu sebegini, sumber ilmu itu amat penting. Islam menetapkan sumber ilmu yang diakui datang dari tiga sumber;
1. Wahyu
2. Aqal; analisis, pengamatan.
3. Pancaran nur Ilahi
Bagi bidang agama (aqidah, amalan, hukum-hakam dan sebagainya), sumber ilmu yang muktamad ialah wahyu iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Adapun akal, hanyalah berfungsi untuk memahami wahyu, menyimpul/mengistibat hukum darinya dan mengesan illah dan hikmahnya. Ilmu agama tidak diserah kepada aqal semata-mata, apatahlagi kepada waham, sangkaan atau perasaan. Adapun bidang keduniaan, Islam menyerahnya kepada aqal. Manusia digalakkan oleh Islam untuk menggunakan aqalnya seluas mungkin tetapi hendaklah selari dengan wahyu. Kehadiran wahyu bukan untuk mengongkong akal, tetapi untuk memandunya kerana akal walaupun ia anugerah yang hebat namun ia mempunyai kelemahan yang perlu ditampung oleh wahyu.
Apabila kita berdepan dengan kecelaruan aqidah yang semakin banyak berlaku di tengah masyarakat Islam di Malaysia hari ini, timbul tanda-tanya; kenapa ia berlaku dan apa puncanya? Kita boleh senaraikan kecelaruan aqidah yang dihadapi oleh kita hari ini seperti berikut;
1. Semakin menularnya fahaman Syiah; kalau dulu hanya ada segelintir, tetapi sekarang mereka telah ada jamaah sendiri. Jika dulu secara sembunyi-sembunyi, sekarang sudah terang-terangan dan berani mencabar pihak berkuasa agama dalam negara.
2. Islam liberal; golongan ini juga semakin melebar pengaruhnya terutama di kalangan orang-orang terpelajar.
3. Ajaran sesat; tidak pernah habis isu ajaran sesat di Malaysia. Belum sempat selesai ditangani satu ajaran sesat, timbul pula ajaran yang lain pula.
4. Khurafat; semakin berleluasa dengan semakin banyak cerita-cerita hantu dan karut-marut di telivisyen, ditambah pula dengan ramai golongan ustaz yang turut sama terjun dalam kancah mistik.
5. Murtad; telah diakui oleh pihak berkuasa agama bahawa 686 permohonan murtad dan 135 darinya telah disahkan.
Kita telah menegaskan tadi bahawa aqidah dalam Islam ialah keyakinan yang bertunjangkan ilmu yang soheh yang datang dari sumber ilmu yang muktamad bagi agama iaitulah wahyu dan didokong oleh aqal yang benar. Kegagalan mendapat ilmu yang soheh itulah yang menjadi punca kecelaruan aqidah. Orang-orang yang berjaya dipengaruhi oleh fahaman-fahaman sesat di atas mereka terhijab dari ilmu yang soheh kerana itu kepercayaan mereka telah dipalingkan dari kepercayaan yang bersumberkan ilmu yang soheh kepada kepada kepercayaan yang berteraskan waham atau sangkaan mereka. Kita tidak akan berupaya membetulkan mereka selagi kita tidak boleh meyakinkan mereka bahawa ilmu yang ada pada mereka tidak benar dari dari itu timbul keyakinan yang tidak benar dalam hati sanubari mereka. Aqidah tidak boleh diubah dengan paksaan. Ia hanya boleh diubah dengan mengubah keyakinan dan keyakinan hanya boleh diubah dengan mengubah ilmu yang menjadi sumber keyakinan tersebut. Inilah cabaran yang perlu kita tempuhi hari ini.

Jumaat, 30 September 2011

TAK BOLEH PERTIKAI??

AHAD, 25 SEPTEMBER 2011
Sejarah tidak boleh dipertikai?
Oleh Lim Hiong Siang


CUBA bayangkan, bagaimana peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998 dicatat dalam buku teks sejarah, selepas 20 tahun kemudian? Apakah Anwar Ibrahim akan diperingati sebagai seorang “Bapa Reformasi”, ataupun sebagai “penjenayah” dengan 1,001 tuduhan liar ke atasnya - daripada ejen Yahudi, pengkhianat bangsa Melayu, sehinggalah peliwat yang paling tidak bermoral di dunia?

Jawapan sebenarnya bergantung kepada siapa yang berkuasa dalam tempoh 20 tahun ini. Seandainya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk kerajaan dalam pilihan raya umum (PRU) masa depan, maka sekurang-kurangnya gerakan “Reformasi 1998” akan dipahat sebagai kebangkitan rakyat untuk menuntut keadilan - menolak rasuah, kronisme dan nepotisme. Malah, “tsunami politik 8 Mac 2008” akan dicatat sebagai hasil yang dituai daripada usaha perjuangan mereka yang turun ke jalan raya untuk melaungkan “Reformasi” 10 tahun yang lalu.

Jikalau Umno-Barisan Nasional kekal berkuasa dalam tempoh dua dekad ini, maka anak dan cucu kita akan menarik nafas lega ketika habis membaca babak sejarah tahun 1998, kerana “ketegasan PM ke-4 Mahathir Mohamad untuk memecat si petualang yang bakal membinasakan bangsa dan negara”, lantas “Malaysia terselamat daripada mala petaka”. Lebih-lebih lagi, perenggan seterusnya mungkin berbunyi, “...Cubaan pembangkang menghasut pengundi untuk membenci kerajaan hampir berjaya pada 8 Mac 2008, namun berjaya dipatahkan Umno-BN, selepas rakyat menyedari wajah sebenar pemimpin-pemimpin pembangkang...”

Apa yang berlaku telah berlaku. Pada 20 September 1998, puluhan, malah ratusan ribu orang turun ke jalan raya untuk menuntut reformasi. Pada 10 November 2007, puluhan ribu rakyat yang berpakaian kuning berarak ke Istana Negara, menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih. Pada 9 Julai 2011, puluhan ribu rakyat menembusi sekatan polis, bergelut dalam kepulan gas pemedih mata - mengulangi tuntutan Bersih pada tahun 2007 yang belum dipenuhi.

Kesemuanya fakta. Kita melihat dengan mata sendiri bagaimana peserta perhimpunan dengan bilangan yang sebegitu besar, mengawal dirinya di jalan raya, meskipun dibedil bertalutalu dengan gas pemedih mata.

Kita menyaksikan video dan gambar - bagaimana meriam air berkimia dan gas pemedih mata ditembak ke dalam pekarangan hospital, malah polis menyerbu ke dalam pekarangannya untuk menangkap peserta perhimpunan.

Namun demikian, apa yang didengar, jauh berbeza daripada apa yang dilihat. Kita mendengar dengan telinga sendiri bagaimana Ketua Polis membuat kenyataan bahawa kehadiran peserta perhimpunan hanya kira-kira 6,000 orang; kita juga mendengar bagaimana Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai menafikan bahawa gas pemedih mata ditembak ke dalam pekarangan hospital. Lebih-lebih lagi, peserta perhimpunan disifatkan sebagai “perusuh” yang bertindak liar dan ganas, oleh media kawalan Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan TV3.

Seringkali akhbar diibaratkan sebagai “draf awal kepada teks sejarah”. Maknanya, laporan berita akhbar akan dijadikan bahan ketika sejarah ditulis.

Persoalannya, sama ada Utusan Malaysia, ataupun Harakah, Malaysiakini, mahupun MerdekaReview, yang bakal dijadikan rujukan ketika sejarah ditulis untuk anak-anak kita? Ini antara puncanya kita menolak pembohongan media.

Ia bukan semata-mata menolak fitnah untuk “menyelamatkan undi” seseorang pemimpin politik mahupun sesebuah parti politik, tetapi untuk memastikan agar penulisan sejarah diletakkan pada landasan kebenaran, supaya anak-cucu kita tidak perlu menghafal cerita karut untuk lulus dalam mata pelajaran sejarah.

Namun, kita diperlihatkan bagaimana fakta dipintal sewenang-wenangnya untuk memenuhi keperluan politik.

Untuk menjaga “air muka” kerajaan Umno-BN, 44,000 peserta dinyahkan terus (perhimpunan Bersih 2.0 dihadiri kira-kira 50,000 peserta) daripada angka kehadiran perhimpunan; untuk “menonjolkan” bahawa perhimpunan Bersih 2.0 diresapi unsur komunis, maka baju-T dengan gambar Che Guevara dijadikan “bahan bukti”; untuk menutup salah-laku polis, maka menteri sanggup berbohong secara terang-terang, meskipun perlu menelan hati-perutnya ketika mengeluarkan kenyataan yang meloyakan itu.

Kita “tersentuh” dengan apa yang berlaku kerana kita berada di tempat kejadian, terlibat dalam “sejarah” yang berlangsung di depan mata kita. Ia jelas satu penghinaan apabila perhimpunan 709 dituduh mencetuskan huru-hara dalam masyarakat, sedangkan peserta daripada semua kaum berganding bahu menuntut perubahan secara aman.

Tiada yang lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang - pembohongan melalui teladan. Pimpinan tertinggi menipu rakyat dengan tawaran stadium untuk perhimpunan, disusuli tukang pintal bawahannya, sehingga bendera yang dibawa oleh seorang anggota unit amal boleh difitnah sebagai pisau - sematamata untuk mempertahankan dusta bahawa “terdapat unsur keganasan dalam perhimpunan haram ini.”

Demi mempertahankan kuasa rejim sekarang, ada profesor sanggup mengeluarkan kenyataan “Malaysia tidak pernah dijajah” - tak lain tak bukan untuk menjahanamkan Mohamad Sabu, selepas fakta demi fakta disajikan Timbalan Presiden PAS ini untuk menyanggah tuduhan Umno. Bukankah ini contoh paling nyata bagaimana “matlamat boleh menghalalkan cara”, meskipun matlamat itu sesuatu yang belum pasti halal atau tidak?

Kita telah menyaksikan satu proses bagaimana “sejarah” dirangka, ditulis, dan kemudian “dikisahkan” ahli akademik. Realitinya, sesiapa yang berkuasa bukan sahaja melakar masa depan kita, tetapi juga mencoret “sejarah” kita. Melihat kepada apa yang berlaku dewasa ini, apakah sejarah tidak boleh dipertikaikan langsung, sedangkan ia mungkin pembohongan yang belum dibongkarkan?
Thursday, September 29, 2011
Kebenaran tetap menang di penghujungnya!
Oleh Lim Hong Siang

SESUNGGUHNYA integriti sesuatu yang penting dalam sesebuah masyarakat tamadun.Integriti dalam konteks perjuangan politik, boleh membawa maksud “secara jujur saya percaya dan yakin terhadap apa yang saya perjuangkan, malah saya bersedia untuk bertanggungjawab ke atas perjuangan itu.”

Ertinya pendirian “saya tidak bergoyah, meskipun apa yang berlaku.” Yang kotor wajib dibersihkan, biarpun diugut, ditangkap dan ditahan; akta zalim wajib ditentang sehabis-habisnya, walaupun meriam air berkimia menunggu di depan; dasar pendidikan (PPSMI) yang salah wajib diperbetulkan, meskipun perlu mengharungi kepulan gas pemedih mata yang menyengit.

Untuk sekian lama kita berjuang dalam suasana sedemikian - tanpa slogan “bermandi darah”, tanpa kita hunuskan keris dan ugut untuk basahkannya dengan darah manamana ekor kera dan beruk. Kita tidak bariskan mayat kita untuk dilangkah musuh, malah kita akui bahawa ada kalanya kita bangun dan bergegas dari tempat di mana butiran gas pemedih mata jatuh...

Sepanjang perjuangan menuntut demokrasi dan reformasi, kita sering dipanah dengan pelbagai label dan tuduhan liar. Ada yang digelar sebagai “Melayu yang bacul”, dituduh menjadi “kuda tunggangan kafir”, dilabel sebagai pengkhianat, pembelot dan petualang. Kita didakwa mencetus huru-hara dan kucar-kacir dalam negara. Kita digambarkan sebagai perusuh yang mahu menghancurkan dan meranapkan negara kita.

Namun, akhirnya kita tetap sama. Kita tetap berpegang kepada prinsip bahawa ISA zalim, sistem pilihan raya wajib direformasikan, dan dasar PPSMI telah menggadai masa depan generasi muda - setelah mengharungi segala-gala serangan terhadap kita. Tiada antara kita yang kesal, kerana tercedera ketika diasak FRU, digari polis, dibelasah mata-mata gelap - malah dihina, dicemuh dan disindir.

Ironinya, mereka yang bertentangan dengan pendirian kita sebelum ini, akhirnya akur kepada perjuangan kita. Kalau sebelum ini “negara huru-hara tanpa ISA”, dalam sekelip mata “negara mengorak satu langkah ke depan demokrasi”, malah ada yang menggunakan istilah “anjakan paradigma” lantaran pemansuhan ISA. Kalau sebelum ini Melayu (yang turun ke jalan raya untuk menuntut pemansuhan ISA) disindir sebagai “Melayu yang bacul”, kini mereka berhujah “pemansuhan ISA kerana rakyat sudah matang”. Maknanya, “huruhara” boleh membawa makna “demokrasi”, setelah “Melayu yang bacul” menjadi “Melayu yang matang” dalam sekelip mata!

Lihat bagaimana Bersih 2.0 diharamkan, dan kemudian bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk berdialog dengan ketua “pertubuhan haram”, Ambiga Sreenevasan.

Kononnya Bersih 2.0 ini diresapi unsur komunis, dan enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan lebih satu bulan kerana disyaki “mahu memerangi Yang di-Pertuan Agong” - kini digugurkan pula tuduhannya, tanpa sebarang bukti dikemukakan.

Didakwanya Bersih 2.0 didalangi pembangkang, sengaja diada-adakan untuk menjejaskan imej kerajaan - akhirnya Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan untuk reformasi sistem pilihan raya.

Apa yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ini bermakna perjuangan kita berada di landasan yang betul dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Dan segala-gala tohmahan, cacian, dan cemuhan semata-mata untuk menguji sejauh manakah kita yakin dengan perjuangan kita. Setelah usahausaha ini gagal, maka mereka beralih dan mendakwa perubahan ini disempurnakan kerana “jasa mereka”. Tanpa segan silu mereka menyambut ludah dirinya dengan muka, malah cuba ditelan balik jikalau mampu...

Bukankah ini cara Umno-BN mencatat sejarah - dari dulu, sekarang, dan selama-lamanya (seandainya kita gagal menyekat keparahan sedemikian)? Dan apakah kita perlu ragu-ragu untuk mempertikaikan sejarah sebegini, semacam kitalah pihak yang bersalah? Jelas dan nyata - apabila rakyat bersesak nafas, berlendirlendir dari mata ke hidung untuk menuntut pemansuhan ISA di jalan raya, PM Najib Razak pula tersenyum lebar menuntut jasanya, kononnya memberi lebih kebebasan kepada rakyat!

Bukankah ini ulangan episod bagaimana kemerdekaan diperjuangkan juga dengan tumpahan darah mereka di hutan, akhirnya jasanya dimonopoli sepenuhnya oleh sesebuah parti Melayu yang namanya dieja dengan bahasa Inggeris?

Sejarah membuktikan bahawa perjuangan rakyat yang berlandaskan kebenaran tetap akan menang di penghujungnya.

Cuma, sejarah tidak dicatat sebegitu di bumi bergelar Malaysia.

Ini kerana perjuangan kita belum selesai. Jarang sekali kita menang, malah pada kebanyakan masanya kita ditewaskan. Barangkali, lebih kerap pula kita ditipu dengan sistem yang berat sebelah dan tidak adil!

Menjelang PRU13, sekali lagi perjuangan rakyat akan bertembung dengan rasuah dan kroni. Bayang wayang kulit akan menjelma untuk mengaburi pandangan kita. Video seks akan diedarkan dari kampung ke kampung, dan jika perlu, mungkin ditayangkan secara terbuka di warung kopi. Serangan peribadi terhadap Anwar Ibrahim akan dilancarkan tanpa sehiris belas kasihan - cara yang sama apabila Ambiga Sreenevasan diserang sebagai “wanita Hindu yang terlibat dalam usaha memurtadkan Muslim”.

Malah, jangan terperanjat seandainya Mat Sabu diserang dengan pelbagai skandal - kesemua ini berlaku apabila musuh gagal bersilat dengan hujah, dan terpaksa mengalih isu, dari Bukit Kepong ke “rakaman perbualan seks”.

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

▼

Powered By Blogger Widgets


TUHANKU,AKULAH HAMBA YANG BODOH DALAM ILMU PENGETAHUAN KU INI,MAKA BAGAIMANA TAKKAN BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH TIDAK MENGETAHUINYA.

air

TUHANKU, AJARKAN AKU DARI ILMU YANG LANGSUNG DAN MASIH TERSEMBUNYI DIDALAM PERBENDAHARAANMU DAN PELIHARALAH AKU DENGAN RAHSIA NAMAMU YANG TERPELIHARA.
TUHANKU, KELUARKANLAH AKU DARI KERENDAHAN DIRIKU(nafsuku)DAN BERSIHKAN AKU DARI KERAGUAN DAN SYIRIK SEBELUM MASUK KE LUBANG KUBURKU,BEBASKAN DIRIKU DARI TAWANAN HAWA NAFSUKU SERTA BERIKAN DAKU KEYAKINAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN SEGALA RAGU DAN KESYIRIKKAN.
TUHANKU,BAGAIMANA AKAN DIHARAPKAN SESUATU SELAIN ENGKAU,PADAHAL ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN PERTOLONGAN DAN KEBAIKKANMU DAN BAGAIMANA AKAN DIMINTA SELAIN DARI ENGKAU SEDANGKAN ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN MEMBERI KURNIA.
TUHANKU,HARAPAN KU TIDAK PERNAH PUTUS DARIMU MESKI PUN AKU TELAH BERBUAT DOSA MAKSIAT, DEMIKIAN PULA RASA TAKUT KU PADAMU TIDAK HILANG MESKIPUN AKU TELAH TAAT DAN PATUH PADAMU.
TUHANKU,ENGKAULAH TUHAN YANG TIDAK ADA TUHAN KECUALI ENGKAU.


Hadits shahih, riwayat Abu Dawud no.2118, an-Nasa-I III/104-105, ad-Darimi II/142, Ahmad I/392-393, 432, ‘Abdurrazzaq no. 10449, ath-Thayalisi no. 338, al-Hakim II/182-183, al-Baihaqi VII/146 dari Sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud Radiyallahuanhu. (Lihat Kutaib Khuthbatul Haajah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani Rahimullah).

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Rasulullah Shallallah alaihi wa sallam, sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtdAfSp7PwprfbBFbUmRAh1ncIZICD0qw8or3_JEweFjUu71xtz90B4P48UaY3NbMjDvBYKYetKcFWvA76rAxTyrIcPJCF6CCgR4K10AjuGj7n9L9YnCMSqfyXaMHC2Ypy7vZ01RxgK2lV/s400/qaradawi.jpg
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
atau,
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
10. Widget Pencarian ayat dan hadits Kodenya:
Search in Quran and Hadith

2 Pictures, Images and Photos
KLIK MONITOR UNTUK TV LIVE

 

Powered by BannerFans.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.

عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.


Dari Abi Ja’far as berkata:


“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”

قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.

“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”

قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.

Rasulullah saw bersabda:

“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”