1.Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai sesuatu bebanan.2.Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup.3.Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela.
Ahad, 4 Disember 2011
Fajar shadiq: PAKAI JILBAB ? ? . MENYEDIHKAN ! !
Sabtu, 3 Disember 2011
KEMATIAN
Ramai yang terkejut apabila diberitahu seorang rakan telah meninggal dunia pada 1 muharram (27 nov 2011) yang lepas.Seolah olah bagaikan sebuah mimpi.Lebih -lebih lagi masing-masing baru saja petang itu,rancak berbual dengan arwah,tiba-tiba rakan yang sama-sama bergelak ketawa telah pergi mengadap ILAHI pada malamnya.
Begitulah ketentuan ALLAH, tiada siapa dapat meramalkan kematian seseorang.Cuma kita sebagai hambaNYA perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya.Setiap manusia pasti akan MATI!!
Kerana "Setiap Yang Bernyawa Pasti akan Merasai Mati".
Bukan mudah untuk kita sentiasa berfikir dan merenung tentang hakikat kematian itu yang sudah pasti akan tiba.Setiap insan pasti akan merasa saat perpisahan terakhir.Dunia yang fana akan ditinggalkan.Setiap kali kita menyambut ulang tahun kelahiran bermakna kita semakin menghampiri kepada kematian.
Tidak mungkin kita akan diberitahu bila saat kematian kita akan tiba.Kematian bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan,tapi mati adalah suatu yang menakutkan.
Proses setiap kematian,dari mulanya hingga Roh diangkat dari jasad kita memang menggerunkan.Apalagi apabila kita disaat itu pertama kali melihat wajah Malaikat Maut!!
Ada yang menyatakan bahawa kematian ibarat kamar mandi.Tempat untuk menyucikan diri dari kekotoran yang melekat pada tubuh.Kerana ia adalah tempat membersihkan diri,perlu apa kita takut akan kematian itu???
Diceritakan oleh cucu Rasulullah SAW yang kesembilan,ketika mengunjungi seorang yang sedang sakit parah.Orang sakit tersebut begitu takut teramat sangat ketika menghadapi kematiannya.Wajahnya resah gelisah,suram,tiada sama sekali tampak kedamaian."Wahai hamba ALLAH,kamu takut kematian kerana kamu tidak memahami erti kematian.Sekarang katakan kepada ku,andaikan tubuhmu dilumuri kekotoran sehingga kamu merasa tidak enak dan merasakan kepedihan dalam seluruh tubuhmu,lalu kamu bersihkan dikamar mandi,sehingga kamu merasa bebas dari kotoran dan rasa sakit itu.Dalam kondesi demikian apa kamu,apa yang kamu akan lakukan:?Ingin membersihkan diri dari kotoran itu atau kamu enggan mandi dan senang dengan kekotoran itu?"Orang yang sedang sakit itu menjawab,"Wahai cucu Rasulullah,saya lebih baik mandi membersihkan diri."
Cucu Rasulullah berkata,"Ketahuilah kematian sama dengan kamar mandi.Kematianmu itu adalah kesempatanmu yang terakhir untuk membersihkan kamu dari dosa-dosamu.Membersihkan kamu dari keburukkan-keburukkanmu.Jika kematian menjemputmu sekarang,tidak meragukan lagi bahawa kematian itu akan membersihkanmu dari semua derita dan kepedihan serta akan memperolehi kebahagian yang abadi."Orang yang sakit tadi berubah cerah ceria,kedamaian tampak di wajahnya.Kemudian dengan cara yang sangat indah,ia menyerahkan dirinya pada kematian,dengan penuh harapan akan kasih sayang ALLAH.Ia menutup matanya,kerana telah melihat kebenaran dan segera menemui tempat tinggalnya yang abadi.
Ibnu Qayyim pernah menyebut bahawa sakaratul maut adalah salah satu cara penebusan dosa manusia.Lantaran kematian itu sesuatu yang pasti,kita tidak hanya dituntut mempersiapkan diri untuk menghadapinya,tetapi juga,kalau bisa,memilih cara kematian itu terjadi.
Cara kematian yang terhormat,punya makna bagi kehidupan orang lain.Bukan kematian yang sia-sia dan tidak bermakna,seperti kematian seorang pengecut.
"Berani menghadapi kematian,sama artinya dengan berani menghadapi kehidupan,"ujarnya.
Soalan timbul,apakah dengan mengingati mati maka hidup ini akan ditumpukan demi "kepentingan diri" melakukan ibadah khusus semata? Ia sebenarnya tidak berbangkit memandangkan amal salih itu sendiri mencakupi semua dimensi,duniawi dan ukhrawi,daripada bangunan di tengah malam sehingga menyantuni fakir miskin dan mempenuhi keperluan golongan terpinggir.
Siapa tidak terkesan dengan detik-detik akhir Nabi menjelang kewafatan,meskipun baginda bakal menemui Kekasih yang dirinduinya.Apabila diberitahu Jibril bahawa "pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," ia masih tidak menggembirakan lagi Rasulullah.
"Khabarkan bagaimana nasib umatku kelak?" kata Nabi.Maknanya,baginda sentiasa memikirkan nasib "orang lain".
Malah,ada riwayat mengatakan Nabi mahu memikul segala keperitan maut asalkan seksanya tidak ditimpakan kepada umatnya.Selain membisikkan nasihat terakhir kepada menantunya Ali agar memelihara solat,Nabi berpesan,"peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Dan kalimah"ummati,ummati,ummati"mengakhiri kehidupan insan paling mulia itu.
Justeru,"kepentingan orang lain"harus menjadi keutamaan kita meskipun sibuk membuat persiapan menghadapi mati...
![]() |
| Pastikan kita mampu melafazkan Kalimah ini di Akhir Kalam kita |
Khamis, 1 Disember 2011
Gambar Eksklusif Barangan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.
Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istanbul Turki, Jordania , Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah…Insya-allah. ====================================================================================== Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!! Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali. Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka? Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah? Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macam mana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjuk kan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami. Sama-samalah Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW |
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
| Search in the Hadith |
| www.SearchTruth.com |
| Search in the Hadith |
| www.SearchTruth.com |
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.
عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.
Dari Abi Ja’far as berkata:
“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”
قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.
“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”
قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.
Rasulullah saw bersabda:
“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”


























