Ahad, 13 November 2011

REMAJA JERMAN PELUK ISLAM

REMAJA JERMAN (17 TAHUN) TINGGALKAN KEMEWAHAN UNTUK PELUK ISLAM


Bulan November tahun 2006, menjadi bulan bersejarah bagi remaja Jerman itu. Ini kerana pada usia 17 tahun, beliau mengucapkan dua kalimat syahadat dan menjadi seorang Muslim.

Beliau memilih nama Yahya Schroder selepas memeluk Islam dan remaja Jerman itu kini berhijrah kePostdam untuk menjaga keimanannya.

Sebelum memeluk Islam, Yahya menetap dengan ibu dan ayah tirinya di sebuah perkampungan kecil di Jerman. Beliau tinggal di rumah yang besar dengan dilengkapi kolam renang yang besar. Di dalam biliknya mempunyai televisyen dan play station .Yahya juga tidak pernah menghadapi masalah kewangan. Seperti remaja yyang lain, Yahya sering melepak bersama teman-temannya, meminum arak dan melakukan perkara yang merosakkannya.

Tetapi semua kenikmatan dunia itu harus beliau tinggalkan ketika beliau memutuskan untuk memeluk Islam. Setelah menjadi seorang mualaf, Yahya memutuskan untuk tinggal bersama ayahnya yang telah memeluk Islam sebelumnya, di Postdam berhampiran kota Berlin. Yahya mengaku tidak berasa tenang ketika tinggal bersama dengan ibu dan ayah tirinya walaupun kaya dan mengecapi kehidupan yang mewah. 

"Saya mencari sesuatu di dalam hidup saya," katanya.

Yahya bersama rakan Muslimnya

Yahya mengenali komuniti Muslim di Postdam ketika berusia 16 tahun. Ayah kandungnya telah terlebih duhulu masuki Islam pada tahun 2001. Ketika itu, beliau sering melawat ayah kandungnya sebulan sekali dan sering mengikut ayahnya menghadiri perjumpaan dengan komuniti Muslim yang diadakan setiap hari Minggu.

Yahya amat tertarik dengan Islam dan ayahnya sedar akan perubahan anaknya itu. Ayahnya mengambil jalan tidak mahu membincangkan mengenai islam dengan anaknya ketika mereka sedang berdua-duaan. Ayah Yahya ingin anaknya itu belajar dari orang-orang yang mempunyai ilmu agama islam yang tinggi supaya Yahya memeluk Islam bukan sekadar ikut ikutan seperti yang dialami oleh ayahnya dahulu.

"Saya setuju dengan ayah dan saya mulai menghadiri perjumpaan setiap bulan dengan komuniti Muslim. Tetapi ketika itu terjadi peristiwa yang mengubah cara saya berfikir," ujar Yahya.

Beliau mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan pergi berenang bersama komuniti Muslim. Ketika ia melompat ke dalam kolam renang, kepalanya terhantuk di dasar kolam renang dan tulang punggungnya patah. Ayahnya membawa Yahya ke hospital dan doktor mengatakan sesuatu yang membuat hatinya tidak tenteram.

"Punggung kamu mengalami patah tulang yang parah, satu pergerakan yang salah, boleh melumpuhkan kamu," kata doktor.

Yahya harus menjalani pembedahan. Sebelum masuk ke tempat pembedahan, rakan Yahya di dalam komuniti Muslim bernama Ahmir memberi semangat kepada yahya, "Yahya, sekarang engkau berada di tangan Allah. Ini seperti naik rollercoaster. Sekarang engkau sedang berada dalam puncak kenikmatan di dalam perjalanan sebuah rollercoaster dan percayalah pada Allah."

Pembedahan berlangsung selama lima jam dan Yahya tersedar selepas tiga hari kemudian. "Saya tidak dapat menggerakan tangan kanan saya, tapi saya merasakan ketenangan dan sangat bahagia. Saya berkata kepada doktor bahawa saya tidak kisah dengan tangan kanan saya. Saya sudah sangat bahagia kerana Allah telah memberikan peluang untuk saya hidup," kata Yahya. Doktor mengatakan Yahya harus dirawat di hospital selama beberapa bulan. Namun Yahya cuma berada dua minggu di dalam hospital tersebut, kerana beliau berlatih dengan tekun untuk pulih.

"Alhamdulillah saya cuma dua minggu di hospital. Sekarang saya sudah boleh menggerakan tangan kanan saya. Kemalangan itu banyak mengubah keperibadian saya," akui Yahya.

"Saya dapat rasakan, ketika Allah menginginkan sesuatu itu terjadi, hidup seseorang boleh berubah sepenuhnya tanpa tertangguh satu saat pun. Oleh sebab itu, saya lebih menghargai kehidupan dan mulai berfikir tentang kehidupan saya dan Islam, tapi waktu itu saya masih tinggal di sebuah perkampungan kecil," cerita Yahya.

Keinginan Yahya untuk menjadi seorang Muslim makin kuat, sehinggakan dia berani untuk meninggalkan keluarganya di perkampungan itu. 

Yahya berkata, "Saya meninggalkan ibu dan ayah tiri saya, meninggalkan gaya hidup saya yang mewah dan pergi ke Postdam, tinggal di apartmen kecil ayah kandung saya. Saya tak kekok untuk menggunakan dapur yang kecil. Saya juga cuma membawa sedikit pakaian, buku pelajaran dan beberapa CD."

"Kedengarannya seolah-olah saya kehilangan segalanya, tetapi saya sangat berasa tenang disini, sebahagia ketika saya kembali sihat dselepas kemalangan buruk itu," ujar Yahya.

Diejek Teman Sekolah

Sehari selepas hari pertamanya memasuki sekolah di Postdam, Yahya mengucapkan dua kalimat syahadat. Yahya menjalani kehidupan barunya sebagai seorang Muslim walaupun ramai yang mengejeknya di sekolah kerana Yahya seorang Muslim. Beberapa orang menganggapnya "gila" bahkan tidak percaya bahawa dirinya orang Jerman asli.

"Saya melihat perkara ini sebagai situasi yang biasa kerana maklumat yang mereka baca di media tentang Islam dan Muslim adalah bertentangan dengan Islam yang sebenarnya. Media masa sering memaparkan Islam sebagai pengganas, Osama bin Laden, jahat, dan sebagainya," tegas Yahya.

Sepuluh bulan selepas itu, situasi mula berubah. Yahya aktif berdakwah pada teman-teman sekelasnya dan dia telah mendapat sebuah bilik khas untuk solat, padahal cuma dia satu-satunya siswa Muslim di sekolahnya.

"Teman-teman sekelas mula berubah, yang dulunya menghina saya kerana memeluk Islam, sekarang ramai bertanya tentang Islam dan mereka mengakui Islam tidak sama dengan agama-agama lainnya.

Teman-teman sekolahnya menilai Muslim memiliki adab yang baik dalam berinteraksi antara sesama manusia, bebas dari tekanan geng geng seperti yang terjadi di sekolah mereka. Siswa-siswi di sekolah Yahya cenderung berkawan mengikut kumpulan atau membentuk ”geng” seperti geng hip hop, punk sampai kepada kelompok geng siswa yang hobinya berpesta. Setiap siswa berusaha keras untuk diterima menjadi anggota geng yang diminati.

Tetapi Yahya, dia boleh berkawan dengan sesiapa saja. "Saya tidak perlu mengenakan pakaian khusus agar diterima oleh mana-mana geng. Malah yang terjadi sebaliknya, geng-geng itu sering menjemput saya dan teman-teman Muslim saya ke pesta barbeque mereka," ceritanya.

"Yang istimewa dari semua ini adalah, mereka menghormati saya sebagai seorang Muslim. Mereka menyediakan makanan halal untuk saya dan mereka menggelar dua pesta barbeque, satu untuk mereka dan satu untuk kami yang Muslim. Masyarakat di sini mulai terbuka dengan Islam," sambung Yahya mengenang masa sekolahnya dulu.

Dia merasakan lebih mudah menjadi seorang mualaf daripada menjadi seorang yang memang dilahirkan Muslim. Beliau banyak melihat anak-anak muda Muslim yang ingin menjadi orang Jerman dan melihat Islam hanya sebagai tradisi. Anak-anak muda itu, kata Yahya, bersedia melepas 'tradisi' keislamannya supaya boleh diterima di tengah tengah masyarakat Jerman.

"Apa yang jelas, orang-orang Jerman tetap tidak mahu menerima mereka walaupun mereka melepaskan agama Islam," ujar Yahya.

Beliau mengakui, kehidupan seorang Muslim di Jerman tidak mudah kerana majoriti masyarakat Jerman buta tentang Islam. "Kalau mereka ditanya tentang Islam, mereka akan mengatakan sesuatu tentang Arab. Bagi mereka, pertanyaan itu seperti soalan matematik, Islam=Arab". Padahal islam merangkumi pelbagai bangsa yang besar," jelas Yahya.

"NO" to MAKSIAT

THURSDAY, 3 NOVEMBER 2011

Katakan " Tidak'' kepada maksiat ( Say "NO" to sin )




                                      
                              

                      
                                                       kaum Nabi Lut yang diazab
                                                       jangan biarkan kita diazab
             Nabi Lut    

             Makna : Lut di dalam bahasa Ibrani bererti tutup.
          
             Ayah : Haran

             Ibu : Warqah

             Kemusnahan kaum Lut : 3422 tahun setelah turunnya Adam a.s ke bumi.

             Umur : 80 tahun.

             Pengutusan : Untuk memberi petunjuk kepada kaum Sadum.

             Kubur : Beberapa km dari Masjid Alkhalil Palestin.

             Keturunan : Lut bin Haran bin Tarukh bin Nakhur keponakan Nabi Ibrahim a.s.

             Bil anak : 12 orang anak perempuan.

             Biografi

             Lut a.s ialah di antara orang-orang yang mengiringi Ibrahim a.s ke Palestin.Beliau           


             tinggal di kota Sadum.Kaum Lut telah mengamalkan amalan yang tersangat keji iaitu 
       

             liwat yang telah disebut di dalam Al-Qur'an ( Rujuk ayat-ayat Al-Qur'an berkenaan
             Nabi Lut a.s ;

             Al-An'am : 86,Al-A'raaf : 80,Hud : 70,74,77,81,89,Hijr : 59-61,Al-Anbiya' : 71-74,Haj ; 43

             Syu'ara : 160,161,167,Naml : 54-56,Ankabut : 26,28,32,33,Saffaat 133,Saad 13,Qaaf 13

             Qamar 33,34,Tahrim 10. ).Kaum Lut telah tidak mengendahkan larangan Nabi Allah Lut

             a.s dari melakukan amalan yang tersangat keji itu lalu Allah telah mengazab mereka dan

             menghapuskan mereka dari mukabumi ini.

                    Polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat
                    dalam menganjurkan program itu...Timbalan Ketua Polis Negara.

                                                                  
                                                                      
                        Penghargaan kepada semua yang mengharamkannya

                                      SOLAWAT              

SHEIKH ABD. KADIR

12 November 2011


MAKA BERKATA SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI









Telah berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pada petang hari Selasa yang bertempat di Madrasah, pada tarikh 4 Zulkaedah, tahun 545 H.

Saudara! Dahulukan kepentingan akhirat atas kepentingan dunia. Nescaya kau akan mendapatkan keuntungan dari kedua-duanya. Bila kau mendahulukan kepentingan dunia atas kepentingan akhirat, maka kau akan rugi. Rugi dunia, dan rugi akhirat. Ini, merupakan siksaan bagimu. Mengapa kau sibuk dengan sesuatu yang tidak diperintahkan? Jika kau tidak sibuk dengan urusan dunia, nescaya Allah s.w.t. akan melimpahkan ma'unah (pertolongan) kepadamu. Juga akan memberikan taufiq, dan kesempatan mengambil sebahagianny a (dunia). Bila kau mengambil sebahagian kecil daripadanya. Nescaya akan menjadi berkah.


Orang mukmin beramal untuk kepentingan dunia dan akhiratnya, Amal dunianya dapat menghantarkannya ke darjat yang ia inginkan. Ia menerima sedikit dunia, sebesar bekal untuk naik kenderaan. Ia tidak ingin mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya. Orang jahil, kepentingan utamanya adalah syurga. Sedangkan orang arif, kepentingan utamanya adalah akhirat, kemudian Allah Azza Wajalla. Bila kau telah menghasilkan sepotong roti, lalu nafsumu berusaha merebutnya dan syahwat-mu juga ingin memintanya, maka fikirlah, siapa kira-kira yang mampu memecahnya. Engkau tidak akan beruntung, selagi belum berhasil memerangi nafsumu, di sisi Allah Azza Wajalla. Orang-orang yang jujur, satu sama lain saling bantu membantu, saling bertolak ansur dan bertanggungjawab.


Hai orang yang berpaling dari Allah Azza Wajalla. Hai orang-orang yang berpaling dari shiddiqin. Hai orang yang berkiblat kepada makhluk dan bersekutu dengan mereka. Sampai bila kau menghadap mereka? Apa yang memberi manfaat kepadamu? Tiada manfaat itu dengan segala sesuatu yang jumud.


Zat yang merajai segala-galanya adalah wahid (Esa) zat yang memberi mudarat adalah wahid. Zat yang memberi manfaat juga wahid. Demikian pula yarig menggerakkan, menenangkan, mengusahakan, menaklukkan, memberi, mencegah, menciptakan dan yang memberikan rezeki. Dialah Allah Azza Wajalla. Dia zat yang Qadim, Azali dan abadi. Dia wujud sebelum makhluk, sebelum ayah ibu mu dan orang- orang kayamu. Dia jualah Pencipta langit, bumi dan seisinya:


Firman Allah s.w.t.:
" Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia Yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
(A.S. Asy-Syura, 1).


Sungguh sayang. Hai makhluk Allah, mengapa kamu tidak mengenal Penciptamu dengan sebenarnya? Bila aku di hari kiamat kelak memiliki sesuatu di sisi Allah s.w.t. sungguh aku akan menanggung beban-beban beratmu, dari orang pertama sampai orang akhirmu. Hai pembaca! Bacakanlah aku. Tanpa ditunjukkan kepada penghuni langit dan bumi. Setiap orang yang beramal soleh, tentu akan dibukakan pintu yang ada di antaranya dan antara Tuhannya. Sehingga ia dapat dengan mudah memasukkan kalbunya ke dalam pintu itu. Sedang kau, hai orang alim, selalu sibuk berdebat, berbantah-bantah, memupuk kekayaan, sehingga, lupa mengamalkan ilmumu. Hal itu akan jatuh di hadapan/ditanganmu dalam bentuk lahir tanpa batin.


Jika Allah Azza Wajalla menginginkan salah seorang ham ba- Nya menjadi baik, maka ia tentu mengajarnya, kemudian mengilhamkannya dengan amal dan ikhlas li-wajhillah. Dia akan mendekatkan, mengenalkan dan mengajarkan kepadanya ilmu hati sirri yang telah dipilihkan untuknya, sebagaimana memilih Musa a.s.


Firman Allah s.w.t.:
"Dan Aku telah memilihmu untuk diriku".
(Q.S.Thaha, 41)


Bukan untuk selain-Ku. Bukan untuk syahwat dan hal-hal yang tidak berguna, bukan untuk bumi dan bukan untuk langit. Bukan untuk kerajaan, juga bukan untuk kerosakan. Tiada suatu pun yang mengikatmu dari-Ku, tiada sesuatu selain-Ku yang menyibukkanmu, tiada suatu gambar atau benda lain yang menghalangimu dari-Ku. Juga tidak ada syahwat yang menyebabkan kau tidak memerlukan sesuatu dari-Ku.


Saudara! janganlah kau putus asa dari rahmat Allah Azza Wajalla, akibat melakukan maksiat. Tetapi, basuhlah pakaian agamamu dengan air taubat secara bersambungan dan ikhlas. Berilah pakaian agamamu itu minyak makrifat. Waspadalah terhadap kedudukan yang kau sandang ini. Sebab, bila saja kau berpaling, di sekitarmu pasti ada haiwan buas yang siap


menyerbumu. Di mana saja kau berada, di situlah datang berbagai fitnah di sekitarmu.


Kembalilah kepada Allah Azza Wajalla dengan kalbumu. Janganlah kau makan dengan tabiatmu, syahwatdan kesenanganmu. Janganlah kau makan, kecuali ada dua saksi adil yang mengawasimu. Yakni kitab Allah dan Sunnah Nabi.




Kemudian, carilah dua saksi lain, iaitu kalbumu dan perbuatan Allah Azza Wajalla. Jika A1 Kitab, As Sunnah dan kalbumu telah mengizin, maka lihatlah saksi yang ke empat. Iaitu fi'lullah (perbuatan Allah Azza Wajalla).


Janganlah kau seperti pencari kayu bakar di waktu malam. Ia mencari kayu ke sana ke mari, tapi tidak mengetahui apa yang jatuh ditangannya. Hanya Pencipta yang diciptakan saja yang ada. Ini, suatu hai yang tidak akan datang dengan berhias, tamanni (lamunan), takalluf (memperberat beban dan tasannu'(mengada-ngada). Tetapi, ia adalah sesuatu yang bersemayam dalam dada dan dibuktikan dengan amal. Yakni, amal yang dilakukan kerana Allah Azza Wajalla semata.


Saudara! Kesihatan akan datang tanpa dicari. Kekayaan akan datang tanpa dicari-cari, ubat pun demikian. Ubat segala penyakit adalah berserah diri kepada Allah Azza Wajalla dan memutuskan sebab-sebab lahir dengan kalbumu. Ubat segala penyakit terletak pada mengesakan Allah s.w.t. dengan kalbu, bukan dengan lisan saja. Tauhid dan zuhud tidak berada pada tubuh dan lisan. Tauhid dan zuhud terletak pada kalbu. Demikian pula makrifat kepada Allah, mahabbah dan qurban kepada-Nya.


Jadilah kau orang yang berakal. Janganlah kau gila. Dan jangan memperberat beban. Kau gila, cerewet, dusta, riak dan munafik. Semua kepentinganmu hanya untuk menarik perhatian makhluk kepada dirimu. Tidakkah kau tahu, setiap kau melangkah kepada makhluk dengan kalbumu, tentu kau akan jauh dari Tuhanmu? Kau mengaku sebagai pemohon Allah Azza Wajalla. Tetapi, kenyataannya, kau bermohon kepada makhluk sesamamu. Gambaranmu seperti orang yangmengatakan, "aku ingin pergi ke Mekah", tetapi ia menuju ke Khurasaan.


Dengan demikian, ia justeru jauh dari Mekah. Kau mengatakan, bahawa kalbumu telah keluar dari lingkungan makhluk, padahal, kau masih saja takut dan mengharapkan segala keperluanmu kepadanya. Lahirnya zuhud, tetapi batinmu rakus.


Lahirmu cinta Allah Azza Wajalla, tetapi batinmu cinta makhluk. Ini suatu hal yang tidak dapat datang dengan ocehan lidah. Keadaan ini tidak mengenal makhluk, dunia, akhirat dan segala sesuatu selain Allah Azza Wajalla. Dia Esa, tidak menerima sesuatu kecuali Esa, dia Maha Esa, tidak menerima sekutu. Dialah yang mengatur segala urusanmu.


Kerana itu, terimalah apa yang difirmankan-Nya. Semua makhluk itu lemah. Tidak boleh memberi mudarat dan manfaa t terhadap dirimu. Allah yang mengutus hal itu barangkali, Dia mengatur hal itu untuk dirimu dan untuk diri mereka. Segala sesuatu yang manfaat dan yang mudarat bagimu sudah dicatat oleh ilmu Allah s.w.t.


Orang-orang yang mengesakan Allah Azza Wajalla dan yang soleh adalah 'hujjah Allah' atas seluruh makhluk. Di antara mereka ada yang lahir dan batinnya sunyi dari kesibukan duniawi. Ada yang hanya batinnya saja. Dalam batinnya tidak terlihat sesuatu. Inilah hati yang bersih dan suci. Barang siapa dikurniakan hati seperti ini, bererti telah diberi kerajaan dari makhluk. Ia dikategorikan pahlawan yang gagah berani.


Orang yang gagah berani ialah orang yang hatinya suci dari sesuatu selain Allah Azza Wajalla. Orang yang selalu berdiri di atas pintu-Nya dengan membawa pedang tauhid dan senjata syarak'.... Syarak dapat membersihkan lahir. Sedangkan tauhid dan makrifat dapat membersihkan batin.


Saudara, apa yang dikatakan mereka dan yang kita katakan, tidak akan memberi pengaruhsama sekali, kau mengatakan, "Ini haram", tetapi kau lakukan. Kau mengatakan,"Ini halal", tetapi Tidak kau lakukan, engkau gila.


Dari Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda yang bermaksud: " Orang bodoh celaka sekali. Orang alim celaka tujuh kali".


Celaka sekali untuk orang bodoh, kerana ia tidak tahu. Celaka tujuh kali untuk orang alim ini, kerana ia tahu tapi tidak mahu mengamalkan ilmunya. Berkah ilmunya hilang, yang masih ada hanya hujjahnya. Belajarlah, kemudian amalkan. Lalu, menyendirilah di tempat yang sunyi. Sibuklah dengan mahabbah Allah Azza Wajalla. Bila mahabbahmu dan uzlahmu telah benar-benar beres, nescaya Allah Azza Wajalla akan mendekatkan dirimu kepada-Nya. Jika berkenan, ia akan memperkenalkan dan mengorbitkan dirimu kepada seluruh makhluk. Juga akan menolakmu untuk menuntut bahagian- bahagian duniawi. Ia menurun angin ketentuan takdir dan ilmunya untukmu. Kemudian, meniup pagan tembok 'khalwat'mu. Lalu kau menujunya dan Allah s.w.t. melihat urusanmu kepada makhluk.


Engkau terpengaruh hak-hakmu, tanpa bersikap ceroboh, buruk dan teruk. Allah Azza Wajalla mengembalikanmu, kepada bahagian-bahagianmu, agar undang-undang ilmu-Nya mengenai dirimu tidak batal. Engkau terpenuhi semua bahagianmu. Sedangkan kalbumu masih tetap bersama Allah Azza Wajalla. Dengarlah! Ketahuilah! hai orang-orang bodoh terhadap Allah Azza Wajalla dan kekasih-kekasih-Nya.


Hai orang-orang yang selalu mencerca Allah Azza Wajalla dan wali-wali-Nya! Yang Maha Benar adalah Allah s.w.t. Yang batil adalah kamu, hai makhluk. Kebenaran terletak pada kalbu, sanubari dan batin. Sedang kebatilan terletak pada nafsu, kesenangan, tabi'at adat istiadat, dunia dan segala sesuatu selain Allah Azza Wajalla.


Kalbu ini tidak akan beruntung, selagi belum sampai ke tingkatan qurban dengan Allah Azza Wajalla, yang maha Qadim, Azalli dan Abadi selamanya. Janganlah suka mendesak, hai munafik. Apakah yang kau miliki itu lebih baik daripada yangdimiliki selainmu?


Engkau adalah hamba rotimu, hamba lauk- paukmu, manisanmu, kudamu, dan kekuasaanmu kalbu yang jujur pergi menghindar dari makhluk, menuju kepada Allah Azza Wajalla. Ia melihat segala sesuatu di tengah jalan. Tetapi, tidak tergiru sedikit pun. Ia terus berjalan di tengah lembut. Sampai ke tempat tujuan.


Ulamak yang ahli mengamalkan ilmunya adalah wakil- wakil orang salaf. Mereka adalah 'waratsatul anbiya'. Sedangkan ulamak khalaf datang untuk membangunkan kota syarak, membangunkan bahagian-bahagian yang rosak. Mereka, di hari kiamat kelak akan berkumpul dengan anbiya'.
Mereka akan dipenuhi pahalanya oleh Penciptanya. Allah Azza Wajalla telah mengumpamakan orang alim yang enggan mengamalkan ilmunya dengan binatang himar (kaldai).


Allah s.w.t. berfirman:
"... seperti kaldai yang membawa kitab-kitab yang tebal".
(Q.S. Jum'ah,5).


Asfar adalah kitab-kitab tebal yang berisikan ilmu. Dapatkah kaldai memanfaatkan kitab-kitab ilmiah? Kitab-kitab itu hanya merupakan beban berat yang memayahkannya. Barang siapa bertambah ilmu pengetahuannya, hendaklah bertambah pula ketaatannya. Hai orang yang mengakuberilmu! Mana tangismu, kerana takut kepada Allah Azza Wajalla? Mana kewaspadaanmu? Mana pengakuan dosa-dosamu? Mana usahamu menghapuskan kegelapan dengan cahaya taat Allah S.W.T? Mana didikanmu kepada jiwamu? Mana usahamu memerangi nafsu berahimu.


Kepentinganmu terletak pada gamis dan serban, makan, minum, nikah, rumah, kedai dan bersenang-senang bersama makhluk. Singkirkanlah dirimu dari himmah seperti itu. Kalau memang kau memiliki bahagian daripadanya, tentu akan datang tepat pada waktunya. Hatimu terlepas dari keluh kesah menanti kedatangannya. Hatimu selalu tertuju kepada Allah Azza Wajalla. Apa yang menjadi milikmu tiada hubungannya dengan keluh kesahmu itu jadi kepayahanmu sia-sia.


Saudara! Khalwatmu belum benar. Masih najis, belum suci. Apa yang kau amalkan? Tauhid dan ikhlas belum ada di dalam hatimu. Wahai orang-orang yang lalai! Hai orang-orang yang berpaling. Hai orang-orang yang meninggalkan segala-galanya! Hai orang-orang yang tidak mengenal Allah Azza Wajalla dan Rasul utusannya! Hai orang-orang yang tidak mengenal ulama mutakaddimin dan ulamak mutakhirin! Kamu bagaikan kayu balak yang melintangdi tengahjalan. Tidak dapat di manfaatkan sama sekali.
"Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksaan api neraka"

SUMBER;http://assalambs.blogspot.com

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets


TUHANKU,AKULAH HAMBA YANG BODOH DALAM ILMU PENGETAHUAN KU INI,MAKA BAGAIMANA TAKKAN BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH TIDAK MENGETAHUINYA.

air

TUHANKU, AJARKAN AKU DARI ILMU YANG LANGSUNG DAN MASIH TERSEMBUNYI DIDALAM PERBENDAHARAANMU DAN PELIHARALAH AKU DENGAN RAHSIA NAMAMU YANG TERPELIHARA.
TUHANKU, KELUARKANLAH AKU DARI KERENDAHAN DIRIKU(nafsuku)DAN BERSIHKAN AKU DARI KERAGUAN DAN SYIRIK SEBELUM MASUK KE LUBANG KUBURKU,BEBASKAN DIRIKU DARI TAWANAN HAWA NAFSUKU SERTA BERIKAN DAKU KEYAKINAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN SEGALA RAGU DAN KESYIRIKKAN.
TUHANKU,BAGAIMANA AKAN DIHARAPKAN SESUATU SELAIN ENGKAU,PADAHAL ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN PERTOLONGAN DAN KEBAIKKANMU DAN BAGAIMANA AKAN DIMINTA SELAIN DARI ENGKAU SEDANGKAN ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN MEMBERI KURNIA.
TUHANKU,HARAPAN KU TIDAK PERNAH PUTUS DARIMU MESKI PUN AKU TELAH BERBUAT DOSA MAKSIAT, DEMIKIAN PULA RASA TAKUT KU PADAMU TIDAK HILANG MESKIPUN AKU TELAH TAAT DAN PATUH PADAMU.
TUHANKU,ENGKAULAH TUHAN YANG TIDAK ADA TUHAN KECUALI ENGKAU.


Hadits shahih, riwayat Abu Dawud no.2118, an-Nasa-I III/104-105, ad-Darimi II/142, Ahmad I/392-393, 432, ‘Abdurrazzaq no. 10449, ath-Thayalisi no. 338, al-Hakim II/182-183, al-Baihaqi VII/146 dari Sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud Radiyallahuanhu. (Lihat Kutaib Khuthbatul Haajah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani Rahimullah).

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Rasulullah Shallallah alaihi wa sallam, sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
http://1.bp.blogspot.com/_vW1GG83Zr1U/SfXxhEwt2cI/AAAAAAAACjc/zNWg4-Bw5U4/s400/qaradawi.jpg
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
atau,
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
10. Widget Pencarian ayat dan hadits Kodenya:
Search in Quran and Hadith

2 Pictures, Images and Photos
KLIK MONITOR UNTUK TV LIVE

 

Powered by BannerFans.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.

عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.


Dari Abi Ja’far as berkata:


“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”

قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.

“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”

قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.

Rasulullah saw bersabda:

“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”