Ahad, 8 Januari 2012

Sesungguhnya airmata ku menitis
mengenangkan pengorbananmu
Ya Rasulullah

PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI



            Kehidupan kita seharian memang tidak dapat memisahkan diri
dari pemerintah/pemimpin. InsyaAllah, tazkirah dari Imam Al Ghazali di
bawah ini dapat dijadikan iktibar supaya dapat memelihara diri dari
kemurkaan Allah.


1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah
jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan mereka banyak
padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji
mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan
sesiapa yang mendoakan panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar
Allah didurhakai di muka bumi.


2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun
kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan
pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati
terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri
terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama.


Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka,
kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakan
agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka. Mengharapkan seseorang yang
zalim itu kekal lama pada tempatnya, adalah seperti mengharapkan kezaliman
terus berpanjangan ke atas hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah
sepenuhnya.


Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?


Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan melalui
kata-kata sebahagian manusia kepadamu, "Lebih baik kau ambil wang yang
mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya kepada fakir miskin. Kalau
engkau biarkan mereka membelanjakan wang tersebut, sudah tentu mereka
menggunakannya untuk kemaksiatan."
Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini.



PERINGATAN TENTANG ULAMA


Ketinggian dan kemuliaan kedudukan seorang ulama sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis ternyata bahawa seseorang ulama mempunyai penguasaan ilmu agama yang tinggi dan mendalam. Mereka juga menjadi cermin dan pemimpin umat dalam menegakkan agama Allah, sanggup mengatakan perkara yang hak.
                Persoalannya sekarang, wujudkah apa yang disebut sebagai ulama jahat? (as-su'u). Dalam hubungan ini, Rasulullah menyebut dalam beberapa hadisnya bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil dan memahami al-Quran serta al-hadis sanggup mencampur-adukkan perkara yang hak dan yang batil. Inilah yang dikatakan ulama yang menyeleweng (ulama syirar, as-syin, fasik).
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "apakah amal perbuatan yang paling utama?" Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan." Sahabat berkenaan bertanya lagi, "manusia yang bagaimana yang paling buruk?" baginda menjawab, "ulama yang selalu membuat kerosakan." (Hadis Riwayat Jamaah).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Rosaknya agama disebabkan tiga perkara, iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad." (Hadis Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).
Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin memberi peringatan mengenai wujudnya ulama yang membinasakan dirinya sendiri tetapi ingin menyelamatkan orang lain. Ini bermaksud ulama jenis ini berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi secara diam-diam mereka sendiri mengejar kedudukan dan harta duniawi.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain bertanya: "mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran?" Dia menjawab: "Ya, benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi saya tidak melakukannya dan saya yang melarang anda tidak melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa peringatan berkenaan menunjukkan wujudnya ulama yang tidak menepati ciri-ciri ulama.  Apa yang penting ialah ilmu dan penghayatannya serta niat seseorang. Ulama yang berhati bersih, jujur, teguh pendiriannya dan mengutamakan Allah serta RasulNya tetap berpegang teguh pada prinsip dan amanah.  Mereka memahami bahawa Allah melaknat mereka jika taraf ulama yang ada pada diri mereka diselewengkan.
Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami nyatakan kepada manusia dalam al-Quran, mereka dilaknati Allah dan dilaknati semua makhluk yang dapat melaknati mereka." (al-Baqarah-159)
Ulama yang menunjukkan sikap jujur, bersih dan ikhlas demi menegakkan kalimah Allah dan syiar Islam, merekalah yang "Ulama warasatul anbiyaa".
Bagaimanapun, ulama yang mengingkari perjanjian dengan Allah serta mempunyai niat untuk kepentingan diri sehingga sanggup mengorbankan nilai ulama dan imej ulama umumnya perlu kembali ke pangkal jalan.
Mereka perlu menghayati sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: "Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya." (Hadis Riwayat Dailami). 
Jelas, secara asasnya ulama perlu jujur dalam menegakkan agama Allah dan sanggup mengatakan perkara yang hak bukan menggunakan ilmunya untuk sesuatu kepentingan.  Di negara ini banyak yang mengaku ulama tapi ciri-ciri ulama sejati langsung tidak ada dalam peribadinya.  Ciri ulama seperti ulama cari makan, ulama kaki mencarut, ulama kaki kelentong, ulama kaki maki, ulama kaki lelong seharusnya ditolak sepenuhnya oleh masyarakat.  Rakyat harus bijak menilai yang mana satu ulama yang berdiri di atas topeng agama!!!

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets


TUHANKU,AKULAH HAMBA YANG BODOH DALAM ILMU PENGETAHUAN KU INI,MAKA BAGAIMANA TAKKAN BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH TIDAK MENGETAHUINYA.

air

TUHANKU, AJARKAN AKU DARI ILMU YANG LANGSUNG DAN MASIH TERSEMBUNYI DIDALAM PERBENDAHARAANMU DAN PELIHARALAH AKU DENGAN RAHSIA NAMAMU YANG TERPELIHARA.
TUHANKU, KELUARKANLAH AKU DARI KERENDAHAN DIRIKU(nafsuku)DAN BERSIHKAN AKU DARI KERAGUAN DAN SYIRIK SEBELUM MASUK KE LUBANG KUBURKU,BEBASKAN DIRIKU DARI TAWANAN HAWA NAFSUKU SERTA BERIKAN DAKU KEYAKINAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN SEGALA RAGU DAN KESYIRIKKAN.
TUHANKU,BAGAIMANA AKAN DIHARAPKAN SESUATU SELAIN ENGKAU,PADAHAL ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN PERTOLONGAN DAN KEBAIKKANMU DAN BAGAIMANA AKAN DIMINTA SELAIN DARI ENGKAU SEDANGKAN ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN MEMBERI KURNIA.
TUHANKU,HARAPAN KU TIDAK PERNAH PUTUS DARIMU MESKI PUN AKU TELAH BERBUAT DOSA MAKSIAT, DEMIKIAN PULA RASA TAKUT KU PADAMU TIDAK HILANG MESKIPUN AKU TELAH TAAT DAN PATUH PADAMU.
TUHANKU,ENGKAULAH TUHAN YANG TIDAK ADA TUHAN KECUALI ENGKAU.


Hadits shahih, riwayat Abu Dawud no.2118, an-Nasa-I III/104-105, ad-Darimi II/142, Ahmad I/392-393, 432, ‘Abdurrazzaq no. 10449, ath-Thayalisi no. 338, al-Hakim II/182-183, al-Baihaqi VII/146 dari Sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud Radiyallahuanhu. (Lihat Kutaib Khuthbatul Haajah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani Rahimullah).

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Rasulullah Shallallah alaihi wa sallam, sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
http://1.bp.blogspot.com/_vW1GG83Zr1U/SfXxhEwt2cI/AAAAAAAACjc/zNWg4-Bw5U4/s400/qaradawi.jpg
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
atau,
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
10. Widget Pencarian ayat dan hadits Kodenya:
Search in Quran and Hadith

2 Pictures, Images and Photos
KLIK MONITOR UNTUK TV LIVE

 

Powered by BannerFans.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.

عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.


Dari Abi Ja’far as berkata:


“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”

قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.

“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”

قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.

Rasulullah saw bersabda:

“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”