Jumaat, 9 November 2012

Pembaca Al-Quran dapat sokongan Nabi



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ورضوان


Setengah daripada cara menjaga Al-Quran dalam hati dan menjaga Al-Quran dalam mashaf ialah dengan mengekali membaca dan meneruskan kajiannya.Ini kerana Al-Quran itu bererti "baca".Qurani bererti "baca" , qoro-a "baca" , yaqra-u bererti baca terus-menerus , Quraanan bererti bacaan.
Apabila Allah SWT turunkan sebuah kitab namanya "Quran" yang bererti baca,tiba-tiba ia terbiar di dalam rak almari tanpa dibaca, seolah "Quran" yang tidak "Quran"(bacaan yang tidak di baca.
Sangat ditekan perkara tersebut kerana terutamanya orang A'jam,yang diketahui umum sejak daripada orang kampung biasa,sampai ke tok guru tidak menjadi amalan membaca Al-Quran.
Apa yang menjadi budaya ialah amalan "wirid", apatah lagi jika diberi tahu fadilatnya sesuatu ayat ,maka bertambah rajinlah berwirid.
Tidak serajin itu dan kurang berselera jika disuruh membaca Al-Quran walaupun satu 'ain.Inilah penyakit lama yang diwarisi sejak zaman entah berentah.Tetapi jika ada kematian datang pula kerajinannya untuk membaca Quran(Surah Yasin).
Daripada bacakan untuk orang mati yang tidak mengerti , lebih baik untuk orang hidup kerana itulah tujuan Al-Quran diturunkan supaya mereka mengambil pengajaran daripadanya.
Selain daripada adab membaca Al-Quran serta menjaga adab dan syaratnya, dengan menjaga sungguh-sungguh amalan zahir dan batin yang terdapat dalam al-Quran , semua itu mustahak di sebut dan di terang dengan sepenuhnya.
Sebelum Imam Ghazali menerangkan fadhilat membaca Al-Quran, terlebih dahulu beliau menjelaskan setakat mana  nilai Al-Quran pada pandangan Tuhan .
Nikmat yang paling besar ialah nikmat membaca Al-Quran.Jika manusia melihat nikmat yang lain mengatasi nikmat membaca Al-quran bererti orang itu tidak dapat menilai antara kaca dengan intan permata .
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"bahawa sepaling afdal ibadah dikalangan umatku ialah (tilawah) membaca Al-Quran.
Jika dikira ibadah dalam bentuk bacaan seperti membaca hadis, tasbih, zikrullah,tahmid (memuji Allah SWT) maka baca Al-Quran dikira ibadat yang paling afdal sekali.
Bukan dibanding dengan ibadah jenis lain seperti jenis perbuatan umpamanya solat,puasa,haji dan sebagainya boleh jadi ada yang afdal lagi.
Tetapi sekiranya dalam ibadah jenis bacaan , selain daripada membaca Al-Quran tiada yang lebih afdal mengatasinya.
Sesunggunya jika terlalu susah menghafal selawat dan doa-doa ,lebih utama jika membaca Al-Quran.Di dalam Al-Quran sendiri terdapat begitu banyak tasbih , doa-doa , zikrullah dan istighfar.
Contohnya:"Lailaha illa anta inni kuntu minazzolimin" doa ini yang termasyur lagi "Robbana zolamna anfusana wa illam taghfir lana lanakunanna minal k hosirin" ini istighfar Nabi Adam yang termasyur dalam Al-Quran yang kerananya diampun dosanya setelah terkeluar dari syurga.
Berkata Abdullah ibnu Mas'ud:"Kalau kamu berkehendakkan ilmu maka hendaklah kamu sebarkan Al-Quran kepada orang ramai, kerana dalamnya terdapat ilmu-ilmu manusia zaman dahulu kala dan ilmu-ilmu manusia yang akan datang kemudian hari "
Kita sedang memperkatakan tentang kelebihan Al-Quran dan ahli-ahlinya(para perjuangan).Kehidupan sepanjang usia sebagai orang islam bergantung sepenuhnya terhadap  AL-QURAN dan HADIS , jika tiada Al-Quran dan Hadis maka Islam pun tidak wujud di muka dunia ini .
Oleh yang demikian Al-Quran adalah merupakan Al-Kitab pegangan hidup dan disebut sebagai mukjizat yang agung .
Di samping mukjizat seperti nabi-nabi lain yang hanya dapat dilihat oleh manusia yang hidup sezamannya sahaja seperti terbit air dari celah jari Nabi SAW dan sebagainya adapun Al-QUran adalah mukjizat  yang dapat di saksikan oleh mereka yang sezaman dengan Nabi SAW dan manusia selepas wafatnya hingga ke hari kiamat yang manusia tidak boleh tambah setitik atau sehuruf pun.
Pada pendapat Abdullah bin Mas'ud tidak mungkin seseorang mendapat ilmu tanpa mencarinya daripada Al-Quran kerana segala ilmu untuk umat kemudian hanya terdapat di dalam Al-Quran.
Ilmu sebenar yang layak di panggil ilmu hanya ilmu yang terdapat dalam Al-Quranul Karim adapun ilmu yang lain yang hanya diperolehi dengan akal fikiran yang bukan datang dari wahyu Allah SWT.
Begitu juga dinukil beberapa kata-kata orang dahulu oleh seorang alim masyur yang menjadi gabenor pertama bagi Sayyidina Umar r.a yang memerintah Mesir iaitu Amru bin Al-'Ash dengan katanya yang bermaksud : "Mana-mana orang membaca Al-Quran bererti ia mendapat nubuwwah (semangat kenabian) tempias kenabian yang telah dimasukkan di antara dua lambung kiri dan kanan ."
Apa yang di maksudkan orang yang baca al-quran (qari) waktu itu ialah pembaca dan tok guru yang arif mentafsir dan beramal dengan Al-Quran.

Sebagaimana Nabi SAW mendapat wahyu dari langit secara langsung begitu juga pembaca Al-Quran (qari) itu yang sebenar.
Bagaikan mendapat ilmu secara langsung daripada Allah SWT walaupun qari itu bukan nabi tetapi tempias Nubuwwah dapat juga kepadanya .


Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets


TUHANKU,AKULAH HAMBA YANG BODOH DALAM ILMU PENGETAHUAN KU INI,MAKA BAGAIMANA TAKKAN BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH TIDAK MENGETAHUINYA.

air

TUHANKU, AJARKAN AKU DARI ILMU YANG LANGSUNG DAN MASIH TERSEMBUNYI DIDALAM PERBENDAHARAANMU DAN PELIHARALAH AKU DENGAN RAHSIA NAMAMU YANG TERPELIHARA.
TUHANKU, KELUARKANLAH AKU DARI KERENDAHAN DIRIKU(nafsuku)DAN BERSIHKAN AKU DARI KERAGUAN DAN SYIRIK SEBELUM MASUK KE LUBANG KUBURKU,BEBASKAN DIRIKU DARI TAWANAN HAWA NAFSUKU SERTA BERIKAN DAKU KEYAKINAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN SEGALA RAGU DAN KESYIRIKKAN.
TUHANKU,BAGAIMANA AKAN DIHARAPKAN SESUATU SELAIN ENGKAU,PADAHAL ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN PERTOLONGAN DAN KEBAIKKANMU DAN BAGAIMANA AKAN DIMINTA SELAIN DARI ENGKAU SEDANGKAN ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN MEMBERI KURNIA.
TUHANKU,HARAPAN KU TIDAK PERNAH PUTUS DARIMU MESKI PUN AKU TELAH BERBUAT DOSA MAKSIAT, DEMIKIAN PULA RASA TAKUT KU PADAMU TIDAK HILANG MESKIPUN AKU TELAH TAAT DAN PATUH PADAMU.
TUHANKU,ENGKAULAH TUHAN YANG TIDAK ADA TUHAN KECUALI ENGKAU.


Hadits shahih, riwayat Abu Dawud no.2118, an-Nasa-I III/104-105, ad-Darimi II/142, Ahmad I/392-393, 432, ‘Abdurrazzaq no. 10449, ath-Thayalisi no. 338, al-Hakim II/182-183, al-Baihaqi VII/146 dari Sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud Radiyallahuanhu. (Lihat Kutaib Khuthbatul Haajah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani Rahimullah).

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Rasulullah Shallallah alaihi wa sallam, sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
http://1.bp.blogspot.com/_vW1GG83Zr1U/SfXxhEwt2cI/AAAAAAAACjc/zNWg4-Bw5U4/s400/qaradawi.jpg
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
atau,
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
10. Widget Pencarian ayat dan hadits Kodenya:
Search in Quran and Hadith

2 Pictures, Images and Photos
KLIK MONITOR UNTUK TV LIVE

 

Powered by BannerFans.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.

عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.


Dari Abi Ja’far as berkata:


“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”

قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.

“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”

قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.

Rasulullah saw bersabda:

“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”