setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah
rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi
akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah
umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di
bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (????? ??????) oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud
dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia
akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100:
antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan".
Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia
sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari
mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).
mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith
yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya:
berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam
istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi
pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.
akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “ Setiap
orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindari
nya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripada
nya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia
selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk
ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini
telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidah
nya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya
hancur terbenam.”
fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekira
nya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.
selamat dikebumikan, maka semua orang telah bersurai kecuali beliau dan beberapa orang sahabatnya
yang masih tidak berganjak dari kubur tersebut. Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai
Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedang
kan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya, sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai
Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku
ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar.
Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku
kunyah dagingnya.
cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu.
Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju
ke telapak kakinya.
umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang
hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika
bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh
Tuhanku. Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau
meninggal dunia.
dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabai
kan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilaku
kan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita
yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.
hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan
tipu daya syaitan.
sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah
kepada-Nya.
dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah
dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.
tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
keadaan bersedia.
sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta, pangkat dan kuasa, apa
kah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua
wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama
bagi malam-malam neraka selanjutnya...