Khamis, 15 Mac 2012

ANAK MENDERHAKA

MENGAPA ANAK MENDERHAKA?

Anak ialah anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya.
Kehadirannya adalah lambang kebahagiaan dan juga lambang tanda 
kasih  sayang seorang suami dan isterinya. Sebab itulah anak atau zuriat 
yang lahir  akan disebut sebagai cahaya mata. Ia cahaya yang akan 
mewarnai kehidupan sesebuah keluarga yang mana sudah pasti cahaya 
yang lahir darinya ialah cahaya harapan bagi kebahagiaan dan 
kegembiraan malah anak juga adalah kebanggaan kepada agama kita.

Antara faktor utama yang menjadikan anak-anak derhaka ialah 
kurangnya pendidikan agama dan kesedaran beramal dengannya. 
Amatlah malang sekiranya kita  mempunyai anak yang berjaya dalam 
pelajaran dan kerjaya tetapi bersikap buruk dan menderhaka kepada 
ibubapanya. 
Anak-anak yang  dididik dengan  dengan mementingkan kebendaan 
semata-mata akan menilai kehidupan ini dengan  aspek kebendaan
sahaja, mengira  untung rugi dan mengejar  kemewahan. Sebab itu nanti 
akan muncul generasi yang  beranggapan bahawa golongan orang tua
khususnya ibubapa adalah sebagai beban dalam kehidupan mereka. 
Tiada kasih sayang atau belas ehsan tetapi yang difikirkan ialah
bagaimana mahu melepaskan diri dari tangungjawab  dan bebanan 
tersebut. 

Maka tidak hairanlah ada anak-anak yang sanggup menghantar 
ibubapa mereka ke rumah-rumah kebajikan. Malah yang menyedihkan 
ada juga tergamak meninggalkan ibubapa di tepi jalan kerana tidak 
sanggup menjaga kebajikan dan kehidupan  mereka. 

Sesungguhnya  berbuat baik kepada ibubapa bermakna bakal 
mendapat layanan yang baik dari Allah SWT dan begitulah sebaliknya. 
Hakikat ini perlu diterima oleh kita semua kerana tanpa ilmu agama, sudah 
tentu untuk menangani  gejala penderhakaan terhadap kedua ibubapa 
amatlah sukar. 
Sedarilah bahawa pedoman yang paling  berkesan ialah 
pedoman daripada panduan yang digariskankan oleh  Al-Quran dan AsSunnah. Apa juga usaha jika tidak mengikut ajaran agama maka hasilnya akan menjadi sia-sia.
Pendekatan agama amat penting kerana akan melahirkan anakanak yang beriman. Iman itu perlu dijaga dengan ibadah dan keduaduanya akan melahirkan manusia yang bersifat Ihsan. 
Pernah berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a , seorang bapa mengadu  tentang penderhakaan anaknya. Saidina Umar memanggil  anak yang menderhakai bapanya dan bertanya apakah benar perkara tersebutberlaku serta mengingatkan budak itu tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa. Lalu budak itu bertanya kepada saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya?”.  Saidina Umar  menjawab “Benar”. Bertanya anak tersebut “Apakah hak ibubap terhadap anak”. Saidina Umar Menjawab : “Hendaklah bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik dan mengajarnya Al-Quran”. Budak tersebut menyatakan tiada satu pun hak tersebut dipenuhi oleh bapanya. Lalu Saidina Umar bertanya kepada bapa  anak yang mengadu tadi dengan katanya : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu?  Kamu telah menderhakinya sebelum dia menderhaki kamu”. 
Kisah ini adalah sebagai iktibar kepada kita  jika  tidak mahu anak-anak kita menjadi seorang yang derhaka.

Sesungguhnya ibubapa adalah contoh tauladan dan guru yang akan mendidik dan turut mencorak sikap dan akhlak anak-anak mereka. 
Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh ibubapa akan menjadi contoh kepada anak-anak. Sebab itulah Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam fitrah (islam).Ibubapanyalah yang 
menjadikannya yahudi,nasrani atau majusi”.
    (Riwayat Al-Bukhari)
Dalam hadis lain daripada Anas Bin Malik, Rasulullah s.a.w pernah juga bersabda:
“Muliakanlah anak-anak kamu dan tunjukkanlah pada mereka adab 
yang baik”.                                                                   (Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat juga dikalangan ibubapa yang terlalu memanjakan anakanak sehingga membiarkan anak-anak melakukan apa sahaja  tanpa sekatan dan pemantauan yang selalunya tersasar dengan kehendak yang telah ditetapkan oleh Islam. Kemanjaan seperti ini pasti mengundang kemusnahan dan yang paling menyedihkan adalah anak itu  akan menyalahkan ibubapanya sendiri.

Kejadian derhaka kepada ibubapa terlalu banyak menimbulkan penyakit sosial dalam masyarakat. Ianya bukan sekadar melibatkan kes seperti lari daripada rumah, berzina, penyalahgunaan dadah, penyelewengan akidah dan kadangkala berakhir dengan pembunuhan ibubapa itu sendiri.  Kerosakan seperti inilah akan melemahkan ummah dan saat dinantikan oleh mereka yang  mengambil kesempatan. 
Kelemahan inilah selalunya diambil kesempatan untuk  mereka menyerap pelbagai serangan khususnya serangan pemikiran kepada umat Islam kerana sedar umat Islam yang dihimpit pelbagai masalah kehidupan memang mudah dipengaruhi dengan pelbagai dakyah. Malah dengan mengunakan pertubuhan-pertubuhan kebajikan mereka bergerak secara terancang dengan mendekati golongan atau mangsa anak-anak derhaka dengan memberi perhatian dan layanan yang boleh menggoncangkan iman.

Anak-anak adalah pelapis kepimpinan akan datang dan peneraju yang akan memastikan islam itu dimartabatkan. Oleh yang demikian semua pihak perlu bersepadu menangani masalah ini. Untuk menangani masalah ini mereka perlu  diberi tarbiyah Islamiyah dan bimbingan untuk menyelesaikan masalah kehidupan khususnya dalam menghadapi serta menangani masalah mereka. Sudah tiba masanya kaedah Islam diambil dalam merawat penyakit yang sedang melanda umat manusia pada masakini. 
 Oleh itu, ibubapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. 
Antara peranan dan tanggungjawab ibubapa ialah;
Pertama      : Ibubapa hendaklah mengajar anak-anak dan ahli 
keluarga dengan pendidikan agama yang sempurna.
Kedua          : Ibubapa hendaklah menjadi model dan guru dalam 
membimbing keluarga.
Ketiga          : Ibubapa hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga dalam usaha menjadikan kehidupan yang selesa. 
Keempat      : Ibubapa hendaklah berusaha membentuk akhlak dan 
peribadi anak-anak mengikut cara hidup Islam.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua 
ibubapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dalam keadaan lemah 
yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir 
menyususnya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua 
tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada 
kedua ibubapamu serta kepada Aku jua tempat kembali”.
                        (Luqman: 14) 

KHUTBAH JUMAAT-

MASJID DARUL EHSAN SJ 

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets


TUHANKU,AKULAH HAMBA YANG BODOH DALAM ILMU PENGETAHUAN KU INI,MAKA BAGAIMANA TAKKAN BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH TIDAK MENGETAHUINYA.

air

TUHANKU, AJARKAN AKU DARI ILMU YANG LANGSUNG DAN MASIH TERSEMBUNYI DIDALAM PERBENDAHARAANMU DAN PELIHARALAH AKU DENGAN RAHSIA NAMAMU YANG TERPELIHARA.
TUHANKU, KELUARKANLAH AKU DARI KERENDAHAN DIRIKU(nafsuku)DAN BERSIHKAN AKU DARI KERAGUAN DAN SYIRIK SEBELUM MASUK KE LUBANG KUBURKU,BEBASKAN DIRIKU DARI TAWANAN HAWA NAFSUKU SERTA BERIKAN DAKU KEYAKINAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN SEGALA RAGU DAN KESYIRIKKAN.
TUHANKU,BAGAIMANA AKAN DIHARAPKAN SESUATU SELAIN ENGKAU,PADAHAL ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN PERTOLONGAN DAN KEBAIKKANMU DAN BAGAIMANA AKAN DIMINTA SELAIN DARI ENGKAU SEDANGKAN ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN MEMBERI KURNIA.
TUHANKU,HARAPAN KU TIDAK PERNAH PUTUS DARIMU MESKI PUN AKU TELAH BERBUAT DOSA MAKSIAT, DEMIKIAN PULA RASA TAKUT KU PADAMU TIDAK HILANG MESKIPUN AKU TELAH TAAT DAN PATUH PADAMU.
TUHANKU,ENGKAULAH TUHAN YANG TIDAK ADA TUHAN KECUALI ENGKAU.


Hadits shahih, riwayat Abu Dawud no.2118, an-Nasa-I III/104-105, ad-Darimi II/142, Ahmad I/392-393, 432, ‘Abdurrazzaq no. 10449, ath-Thayalisi no. 338, al-Hakim II/182-183, al-Baihaqi VII/146 dari Sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud Radiyallahuanhu. (Lihat Kutaib Khuthbatul Haajah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani Rahimullah).

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Rasulullah Shallallah alaihi wa sallam, sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
http://1.bp.blogspot.com/_vW1GG83Zr1U/SfXxhEwt2cI/AAAAAAAACjc/zNWg4-Bw5U4/s400/qaradawi.jpg
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
atau,
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
10. Widget Pencarian ayat dan hadits Kodenya:
Search in Quran and Hadith

2 Pictures, Images and Photos
KLIK MONITOR UNTUK TV LIVE

 

Powered by BannerFans.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.

عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.


Dari Abi Ja’far as berkata:


“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”

قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.

“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”

قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.

Rasulullah saw bersabda:

“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”