Ahad, 21 Oktober 2012

BAHASA MATA


BAHASA MATA,SERIBU MAKNA!
 

PEPATAH ADA MENGATAKAN,DARI MATA TURUN KEHATI.UNGKAPAN INI TERHASIL KERANA MATA MERUPAKAN JENDELA JIWA.DENGAN MENATAP MATA SESEORANG,KITA BOLEH MENGETAHUI BANYAK PERKARA TENTANG ORANG TERSEBUT....

Semua perkataan,perbuatan,gerakkan badan dan emosi kita adalah gambaran luaran rohani atau spritual kita.Oleh itu,sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia akan dinilai disisi Allah berdasarkan niat.Dan niat itu pula datangnya dari hati.
Hubungan antara mata dan hati,hubungan yang tidak dapat disembunyikan.Apa saja yang terdetik dihati akan tergambar ditabir mata.Firman Allah:

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

Maksudnya:"Dia (Allah)mengetahui(pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan dalam hati".
(Al-Mukmin Ayat19)

Apa yang dimaksudkan dengan pengkhianatan mata berdasarkan tafsir ialah,mata yang melihat secara haram dan juga mata yang tidak melihat secara langsung tetapi melihat apabila ada kesempatan.
Justeru,islam menyuruh setiap umatnya lelaki mahupun perempuan supaya menjaga pandangan mata.Ini kerana pandangan mata itu sangat luas,merangkumi pandangan sinis atau memperkecilkan orang lain termasuklah pandangan mata yang menjadi sumber perbuatan memfitnah dan mengumpat.Sesungguhnya fitnah yang timbul dari pandangan mata dan suara adalah sama-sama bahaya.Dari mata akan timbul difikiran cantik buruk sesuatu perkara.Jika buruk apa yang dilihat,maka keluarlah dari mulut perkara-perkara yang tidak enak didengar.Begitu jugalah jika disebaliknya.Oleh itu menjaga pandangan mata disisi islam adalah amat penting.Larangan tegah dalam menjaga pandangan mata turut dapat dibuktikan dengan kisah Rasulullah.
Dikisahkan,ada diantara seorang Quraisy bernama Abdullah bin Abi Sarh,seorang yang pernah memeluk islam.Oleh kerana kebaikkan dan kecerdasannya,Nabi S.A.W mengangkatnya menjadi penulis wahyu.Sayangnya,baru menulis beberapa ayat dari Al-Quran,dia murtad dan melarikan diri ke Mekah.
Di Mekah,dia membocorkan segala rahsia pertahanan Madinah hingga mencetuskan peperangan dikalangan penduduk Madinah.Maka ketika terjadi Fathul Makkah, Rasulullah memerintahkan,"Sesiapa yang bertemu dengan Abdullah Bin Abi Sarh,dimana pun dia bahkan meskipun bergantung diatas Kaabah,bunuh!".Ini kerana dosanya tidak dapat diampunkan dan kesalahannya terhadap kaum muslimin terlalu besar untuk dimaafkan.
Setelah beberapa waktu,Abdullah Bin Abi Sarh pulang ke Madinah dan meminta pertolongan saudara susunya,Uthman Bin Affan R.A untuk berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan mengharapkan baginda memaafkannya.Lalu dibawa  Abdullah berjumpa dengan Rasulullah yang sedang bersama-sama sahabat yang lain dan memohon agar Baginda Rasulullah memaafkan Abdullah.Setelah sekian lama Rasulullah mendiamkan diri dan menundukkan kepala,akhirnya Baginda mengatakan 'Ya'. 
Lalu , Uthman bergegas membawa Abdullah bin Abi Sarh ke tempat yang aman . Setelah itu , Rasulullah bersabda , "Andai saja tadi ada di antara kalian yang maju dan memenggalnya , sesungguhnya aku telah berdiam lama agar ada di antara kalian yang maju dan memukul tengkuknya ." Salah seorang dari kaum Ansar berkata , "Kenapa engkau tidak memberi isyarat kepada kami ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda , "Sesungguhnya seorang nabi tidaklah berkhianat meski hanya dengan isyarat mata!"
Rasulullah s.a.w juga bersabda , "Pandangan itu panah yang beracun dari panah-panah iblis . Oleh itu , barang siapa yang meninggalkan pandangan kerana takut akan seksaan Allah maka ia akan memperolehi kemanisan iman dalam hatinya".Oleh itu,menjaga pandangan mata merupakan kunci keselamatan diri agar iman tidak runtuh dan diri terpelihara dari hasutan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan umat Adam.
Kita sedar,menahan pandangan mata suatu perkara yang amat berat,tetapi hasil dari itu adalah kenikmatan islam yang tiada tara.Menjaga pandangan mata adalah sebahagian dari sifat muqarabah yang akan menjamin kebahagian seseorang hamba didunia dan juga di Akhirat.Sesungguhnya menjaga pandangan mata itu,adalah pencegahan pertama agar hati dan iman terpeihara.Semoga kita diberikan kekuatan oleh Allah Subhanallahu Ta 'ala supaya dapat menjaga pandangan dan diberikan hati yang bersih serta iman yang kuat.
Insya Allah.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets


TUHANKU,AKULAH HAMBA YANG BODOH DALAM ILMU PENGETAHUAN KU INI,MAKA BAGAIMANA TAKKAN BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH TIDAK MENGETAHUINYA.

air

TUHANKU, AJARKAN AKU DARI ILMU YANG LANGSUNG DAN MASIH TERSEMBUNYI DIDALAM PERBENDAHARAANMU DAN PELIHARALAH AKU DENGAN RAHSIA NAMAMU YANG TERPELIHARA.
TUHANKU, KELUARKANLAH AKU DARI KERENDAHAN DIRIKU(nafsuku)DAN BERSIHKAN AKU DARI KERAGUAN DAN SYIRIK SEBELUM MASUK KE LUBANG KUBURKU,BEBASKAN DIRIKU DARI TAWANAN HAWA NAFSUKU SERTA BERIKAN DAKU KEYAKINAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN SEGALA RAGU DAN KESYIRIKKAN.
TUHANKU,BAGAIMANA AKAN DIHARAPKAN SESUATU SELAIN ENGKAU,PADAHAL ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN PERTOLONGAN DAN KEBAIKKANMU DAN BAGAIMANA AKAN DIMINTA SELAIN DARI ENGKAU SEDANGKAN ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN MEMBERI KURNIA.
TUHANKU,HARAPAN KU TIDAK PERNAH PUTUS DARIMU MESKI PUN AKU TELAH BERBUAT DOSA MAKSIAT, DEMIKIAN PULA RASA TAKUT KU PADAMU TIDAK HILANG MESKIPUN AKU TELAH TAAT DAN PATUH PADAMU.
TUHANKU,ENGKAULAH TUHAN YANG TIDAK ADA TUHAN KECUALI ENGKAU.


Hadits shahih, riwayat Abu Dawud no.2118, an-Nasa-I III/104-105, ad-Darimi II/142, Ahmad I/392-393, 432, ‘Abdurrazzaq no. 10449, ath-Thayalisi no. 338, al-Hakim II/182-183, al-Baihaqi VII/146 dari Sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud Radiyallahuanhu. (Lihat Kutaib Khuthbatul Haajah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani Rahimullah).

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Rasulullah Shallallah alaihi wa sallam, sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
http://1.bp.blogspot.com/_vW1GG83Zr1U/SfXxhEwt2cI/AAAAAAAACjc/zNWg4-Bw5U4/s400/qaradawi.jpg
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
atau,
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
10. Widget Pencarian ayat dan hadits Kodenya:
Search in Quran and Hadith

2 Pictures, Images and Photos
KLIK MONITOR UNTUK TV LIVE

 

Powered by BannerFans.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.

عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.


Dari Abi Ja’far as berkata:


“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”

قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.

“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”

قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.

Rasulullah saw bersabda:

“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”