Sabtu, 22 Oktober 2011

KAKI PANCING


  • Foto
    Awak -awak menayangkan ikan cermin yang di pancing Geng The 16 Rock Angler'.
  • Foto
    Azidun Aziz puas melayan tarikan ebek Pulau Tenggol.








Foto
Azidun Aziz puas melayan tarikan ebek Pulau Tenggol.





Geng 16 guna umpan sotong segar laksana misi

CUTI sehari sempena sambutan Hari Malaysia Jumaat minggu lalu digunakan Team Perodua dari Rawang untuk menguji kehebatan ikan di pengairan Kuala Dungun, Terengganu.
Seramai 16 kaki pancing menggelar diri mereka ‘The 16 Rock Angler’ yang diketuai saudara Jep, turut mempelawa penulis ikut serta bersama Nizam Koboi, Man Bonzer, Amran, Mat Bundle, Noni, Totek, Ulee, Adi, Arshad, Adi, Amir, Aidil, Gidon, Syed dan Kwon.
Trip berkenaan sudah diatur sebelum Ramadan lagi bagi menyempurnakan hajat mereka. Sudah pastinya, kunjungan kali pertama itu turut diiringi komen isteri masing-masing memandangkan musim rumah terbuka belum lagi selesai.

Begitupun, trip tetap diteruskan kerana semua komitmen dengan tekong di Dungun sudah dilunaskan manakala majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi warga kota lazimnya boleh ditangguh.

Sejurus bot mencecah air, penulis bersama sahabat 16 Rock Angler Perodua di Rawang bagai tidak sabar untuk beradu tenaga menguji kehebatan ikan di perairan Pulau Tenggol.

Kami menggunakan khidmat tekong Abang Din yang terkenal dengan lubuk-lubuk rahsia beliau. Satu bot lagi milik Akim digunakan untuk tujuan yang sama.
Selepas selesai memilih umpan sotong segar di pasar disyorkan Abang Din, kami mula melihat cuaca dan keadaan arus untuk menyediakan set pancing sesuai.

Setibanya di situ, angin tenggara dan keadaan laut sedikit beralun namun cuaca yang agak tenang pada hari pertama memberi kelebihan untuk geng 16 Perodua memancing dengan puas.

Dan, selepas hampir tiga jam meninggalkan jeti, kami sudah berada di destinasi pertama - lubuk pilihan yang dihuni banyak ikan keluarga ‘trevally’ seperti ebek, gerong belang, jemuduk, cermin dan sagai.

Sebelum Ramadan, tekong Abang Din pernah membawa sekumpulan pemancing yang semua kepuasan selepas bergasak dengan 64 ekor ebek. Tekong sejak awal-awal lagi menyarankan semua pemancing menggunakan umpan seekor sotong segar bagi menarik perhatian mangsa.

Perambut kekuatan minimum 60 paun diikat kemas dengan mata kail 3/0 adalah kemestian dengan teknik satu perambut diikat dengan dua mata kali memberi kelebihan kepada pemancing.

Dua bot berlabuh bersebelahan menghangatkan lagi suasana persaingan dikalangan geng Perodua ini.

Kwon yang pertama kali bertandang ke laut tidak menyangka beliau terlebih dulu menerima tarikan kuat. Wajahnya jelas tergamam apabila disentak begitu kuat tetapi agak terlewat bertindak balas menyebabkan tali pancingnya kendur menandakan rezeki di bawah sudah terlucut.

Selang beberapa ketika, kedengaran bot sebelah pula bersorak apabila sentapan kedua berjaya di tangani Aidil apabila seekor ebek seberat 4.5 kg tumpas.

Apabila arus mulai laju sebelah petangnya, ragutan ikan berkurangan akibat umpan jauh hanyut dari sasaran.

Pemberat ladung ditambah supaya umpan berada di permukaan dasar. Setelah beberapa kali menukar umpan angkara dibaham ikan kecil, seekor sotong segar yang dihulurkan Azidun Aziz@Gidon disambut ebek di pertengahan air. Bersorak gembira beliau hari itu setelah asyik melihat pemancing lain yang memperoleh ikan diidamkan. Jika tidak kerana faktor arus yang terlalu laju di perairan Tenggol itu, mungkin hasil lebih banyak.

Namun hari pertama saja kami berjaya menewaskan tiga ebek, puluhan cermin dan bagok, bapak jahan atau duri laut dan dua ekor pari.

Geng 16 ini kemudian dibawa bergerak menuju ke arah lubuk kegemaran Abang Din pada sebelah malam untuk memancing ikan dasar pula. BH ONLINE

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets


TUHANKU,AKULAH HAMBA YANG BODOH DALAM ILMU PENGETAHUAN KU INI,MAKA BAGAIMANA TAKKAN BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH LAGI DALAM HAL-HAL YANG AKU MASIH BODOH TIDAK MENGETAHUINYA.

air

TUHANKU, AJARKAN AKU DARI ILMU YANG LANGSUNG DAN MASIH TERSEMBUNYI DIDALAM PERBENDAHARAANMU DAN PELIHARALAH AKU DENGAN RAHSIA NAMAMU YANG TERPELIHARA.
TUHANKU, KELUARKANLAH AKU DARI KERENDAHAN DIRIKU(nafsuku)DAN BERSIHKAN AKU DARI KERAGUAN DAN SYIRIK SEBELUM MASUK KE LUBANG KUBURKU,BEBASKAN DIRIKU DARI TAWANAN HAWA NAFSUKU SERTA BERIKAN DAKU KEYAKINAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN SEGALA RAGU DAN KESYIRIKKAN.
TUHANKU,BAGAIMANA AKAN DIHARAPKAN SESUATU SELAIN ENGKAU,PADAHAL ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN PERTOLONGAN DAN KEBAIKKANMU DAN BAGAIMANA AKAN DIMINTA SELAIN DARI ENGKAU SEDANGKAN ENGKAU TIDAK PERNAH MERUBAH KEBIASAAN MEMBERI KURNIA.
TUHANKU,HARAPAN KU TIDAK PERNAH PUTUS DARIMU MESKI PUN AKU TELAH BERBUAT DOSA MAKSIAT, DEMIKIAN PULA RASA TAKUT KU PADAMU TIDAK HILANG MESKIPUN AKU TELAH TAAT DAN PATUH PADAMU.
TUHANKU,ENGKAULAH TUHAN YANG TIDAK ADA TUHAN KECUALI ENGKAU.


Hadits shahih, riwayat Abu Dawud no.2118, an-Nasa-I III/104-105, ad-Darimi II/142, Ahmad I/392-393, 432, ‘Abdurrazzaq no. 10449, ath-Thayalisi no. 338, al-Hakim II/182-183, al-Baihaqi VII/146 dari Sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud Radiyallahuanhu. (Lihat Kutaib Khuthbatul Haajah oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani Rahimullah).

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Rasulullah Shallallah alaihi wa sallam, sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
http://1.bp.blogspot.com/_vW1GG83Zr1U/SfXxhEwt2cI/AAAAAAAACjc/zNWg4-Bw5U4/s400/qaradawi.jpg
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
Search in the Hadith
Search: in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com
atau,
Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com
10. Widget Pencarian ayat dan hadits Kodenya:
Search in Quran and Hadith

2 Pictures, Images and Photos
KLIK MONITOR UNTUK TV LIVE

 

Powered by BannerFans.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.

عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.


Dari Abi Ja’far as berkata:


“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”

قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.

“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”

قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.

Rasulullah saw bersabda:

“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”