1.Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai sesuatu bebanan.2.Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup.3.Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela.
Isnin, 24 Oktober 2011
KHILAFAH PENYELAMAT DUNIA
Hanya Khilafah Boleh Selamatkan Umat Dari Terus Berzina dan Membunuh
Ada kebenarannya tentang bulan Oktober adalah musim buang bayi, natijah pesta zina pada perayaan malam sambutan tahun baru masihi. Setiap hari semakin sakit hati membaca dan mendengar nasib bayi-bayi yang tak berdosa ini. Ramai yang berputus asa, seolah-olah masalah ini tiada penghujungnya.
Sedarilah pembaca sekalian,
Macam-macam penyelesaian yang digubal, dipinda dan dikuatkuasa oleh pemerintah kononnya untuk menyelesaikan masalah ini. Ramai antara kita yang maklum tentang Sekolah Harapan, Baby Hatch dan sebagainya. Sedarilah juga tentang pelaksanaan silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) [baca: Pendidikan Seksualiti] mulai tahun ini di seluruh sekolah rendah negara ini. Sedihnya, acuan silibus PKRS ini tetap daripada pihak kuffar Barat. Sungguh sombong pemerintah kita untuk menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai panduan mereka.
”...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir" (TQM Al-Maidah[5]:44)
”...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang zalim" (TQM Al-Maidah[5]:45)
”...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang fasik" (TQM Al-Maidah[5]:47)
Pembaca yang dikasihi,
Islam datang memberi penyelesaian keseluruhan masalah manusia. Itu janji Yang Maha Esa melalui pengutusan Rasulullah s.a.w. Ianya akan tetap berlaku sehingga hari Kiamat. Oleh itu:
1. Pulanglah kepada aqidah Islam yang memenuhi fitrah manusia, memuaskan akal serta mententeramkan hati. Kuburkan aqidah sekularisme milik ideologi kapitalisme yang membawa pelbagai bencana dalam kehidupan manusia.
2. Kembalikan Khilafah Islam sebagai sistem pemerintahan negara yang paling ideal untuk manusia. Benamkan demokrasi dan segala idea kebebasan dan liberalisme yang menjahanamkan aturan manusia.
Wallahu’alam
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Hadith |
www.SearchTruth.com |
Search in the Hadith |
www.SearchTruth.com |
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.
عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.
Dari Abi Ja’far as berkata:
“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”
قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.
“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”
قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.
Rasulullah saw bersabda:
“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”