SEGALANYA TELAH TERSURAT DALAM TAKDIR | |
Hakikat bahawa kehidupan seseorang terjadi mengikut takdirnya yang ditentukan Allah adalah satu KURNIAAN dan LAMBANG KEHEBATAN namaNya YANG Maha Mengasihi lagi Sangat mengasihani. Mereka yang beriman yang tahu akan sifat ini akan menunjukkan minat, kegembiraan dan kesabaran dalam menghadapi kesukaran, kerana mereka faham bahawa Allah menciptakan sesuatu dengan tujuan yang baik dan sesuai dengan kehendakNya:
Memandangkan manusia terbendung dengan waktu, mereka hanya boleh mentafsirkan peristiwa dengan hanya melihat pada peristiwa tertentu sahaja. Tanpa keupayaan untuk mengetahui masa depan, mereka tidak selalunya dapat melihat sebab jangka panjang, kebaikan dan tujuan suatu peristiwa tertentu. Namun Allah, Yang mencipta masa dan kerana itu tidak terikat dengannya, tampak dari luar waktu pada kehidupan semua makhluk. Oleh itu, takdir adalah pengetahuan Allah bagi setiap peristiwa masa kini, masa lalu dan masa depan sebagai suatu detik tunggal. Dengan kata lain, hanya kita yang tidak diberitahu tentang apa yang bakal berlaku pada masa depan. Atas alasan inilah, bermulanya dan berakhirnya ujian adalah jelas. Masa lalu, masa kini dan masa depan semuanya dalam pemerhatianNya, demi masa, pembentukan manusia, tidak terpakai untukNya. Namun begitu, kita mengetahui semua peristiwa tersebut hanya selepas kita mengalaminya. Mereka yang beriman kepada takdir, sabar dengan segala keadaan dan merasa selesa mengetahui segala sesuatu terjadi menurut kehendakNya:
Mereka yang kafir, yang tidak faham tentang takdir, menanggung kerisauan yang amat besar, stres dan ketidakpuasan – benar-benar berbeza daripada orang beriman yang sentiasa merasa puas dengan belas kasihan Allah. Mereka ini merasa selamat dengan mengetahui bahawa mereka dikelilingi kasih Allah yang tidak bertepi dan semua yang berlaku ada tujuannya. Orang beriman mungkin mengalami kerisauan dan kesulitan seperti kehilangan harta atau kekuatan fizikal, kesakitan, kecederaan atau kematian. Namun, mereka menerima keadaan ini sebagai ujian, satu kekaguman terhadap manifestasi nama Allah, Yang Maha Mengasihi Lagi Amat Mengasihani. Mereka sedar bahawa sikap mereka pada waktu tersebut mempunyai nilai yang besar pada pandangan Allah. Kesenangan ini, yang hanya dimiliki orang beriman, membolehkan mereka menghadapi kesulitan tanpa disertai rasa sedih, stres, sakit, panik, atau ketakutan yang lazim terjadi dalam kalangan orang-orang kafir. Allah akan menukarkan kejahatan yang tampak menjadi suatu kebaikan untuk mereka, membimbing mereka melalui ujian dan menganugerahkan penghargaan kepada mereka di dunia dan di akhirat di atas kesabaran dan kesanggupan mereka:
Mereka yang percaya dan bergantung harap pada Allah tidak akan mengalami sebarang kesedihan atau ketakutan:
Allah juga mengatakan bahawa sesiapa yang percaya dan tunduk pada-Nya telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan terputus:
Sifat endah, bahagia dan kuat yang ditunjukkan oleh orang beriman sewaktu menghadapi kesusahan dan kerisauan adalah datang daripada keyakinan kepada Allah, takdir, hari akhirat dan juga kerana tunduk mereka kepada Allah. Para rasul dan nabi serta orang beriman yang ikhlas adalah contoh kekuatan dan penyerahan kepada Allah yang terbaik. Di antara golongan ini adalah ahli-ahli sihir di istana Firaun yang menerima kematian Nabi Musa (a.s) dan kemudiannya diugut oleh Firaun dengan kematian. Firaun cuba memaksa dengan mengarahkan orang-orang beriman ini keluar dari jalan lurus dengan mengugut mereka dengan siksaan dan kematian. Dia merasa bahawa dengan menunjukkan tenteranya dan kekuatannya, akan menghilangkan semangat mereka, namun, mereka berkata pada Firaun bahawa mereka hanya takut dan hormat pada Allah, yang kepadaNya mereka berpaling pada saat-saat kesulitan. Dengan demikian, mereka menolak untuk meninggalkan kepercayaan dan ketundukan kepada Allah yang diberi oleh kepercayaan mereka. “Berkata Firaun: “Apakah kamu telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku membeir izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya dia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. Maka sesunguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksaannya". Mereka berkata “Kami sekali-kali tidak akan menutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mukjizat), yang telah datang kepada kami dan daripada tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kami putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini sahaja. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, agar dia mengampuni kesalahan-kesalahan kami dan sihir yang telah kamu paksakan kepada kami melakukannya. Dan Allah lebih baik (pahala-Nya) dan lebih kekal (azab-Nya)". HARUN YAHYA |
1.Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai sesuatu bebanan.2.Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup.3.Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela.
Isnin, 23 Januari 2012
TAQDIR ALLAH
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
Search in the Hadith |
www.SearchTruth.com |
Search in the Hadith |
www.SearchTruth.com |
Image by FlamingText.com > Apabila manusia memuliakanmu kerana harta dan kuasa, maka janganlah engkau berbangga kerana kemuliaan tadi akan hilang apabila hilang kedua-duanya. Akan tetapi hendaklah hendaklah engkau berbangga sekiranya manusia memuliakan mu kerana agama atau tingkah laku mu yang baik.
عن أبي جعفر عليه السلام قال: الصلاة عمود الدين، مثلها كمثل عمود الفسطاط إذا ثبت العمود ثبتت الاوتاد والاطناب، وإذا مال العمود وانكسر لم يثبت وتد ولا طنب.
Dari Abi Ja’far as berkata:
“Shalat adalah tiang agama, perumpamaannya seperti tiang kemah, bila tiangnya kokoh maka paku dan talinya akan kokoh, dan bila tiangnya miring dan patah maka paku dan talinya pun tidak akan tegak.”
قال النبي صلى الله عليه واله: علم الإسلام الصلاة فمن فرغ لها قلبه وحافظ عليها بحدها ووقتها وسننها فهو مؤمن.
“Bendera Islam adalah shalat, maka barangsiapa memberikan hatinya untuknya dan menjaganya dengan batasan dan waktunya serta sunah-sunnahnya maka ia adalah seorang mukmin (hakiki).”
قال النبي صلى الله عليه واله: موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد.
Rasulullah saw bersabda:
“Kedudukan shalat dari agama adalah seperti kedudukan kepala dari badan.”