السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ورضوان
Setengah daripada cara menjaga Al-Quran dalam hati dan menjaga Al-Quran dalam mashaf ialah dengan mengekali membaca dan meneruskan kajiannya.Ini kerana Al-Quran itu bererti "baca".Qurani bererti "baca" , qoro-a "baca" , yaqra-u bererti baca terus-menerus , Quraanan bererti bacaan.
Apabila Allah SWT turunkan sebuah kitab namanya "Quran" yang bererti baca,tiba-tiba ia terbiar di dalam rak almari tanpa dibaca, seolah "Quran" yang tidak "Quran"(bacaan yang tidak di baca.
Sangat ditekan perkara tersebut kerana terutamanya orang A'jam,yang diketahui umum sejak daripada orang kampung biasa,sampai ke tok guru tidak menjadi amalan membaca Al-Quran.
Apa yang menjadi budaya ialah amalan "wirid", apatah lagi jika diberi tahu fadilatnya sesuatu ayat ,maka bertambah rajinlah berwirid.
Tidak serajin itu dan kurang berselera jika disuruh membaca Al-Quran walaupun satu 'ain.Inilah penyakit lama yang diwarisi sejak zaman entah berentah.Tetapi jika ada kematian datang pula kerajinannya untuk membaca Quran(Surah Yasin).
Daripada bacakan untuk orang mati yang tidak mengerti , lebih baik untuk orang hidup kerana itulah tujuan Al-Quran diturunkan supaya mereka mengambil pengajaran daripadanya.
Selain daripada adab membaca Al-Quran serta menjaga adab dan syaratnya, dengan menjaga sungguh-sungguh amalan zahir dan batin yang terdapat dalam al-Quran , semua itu mustahak di sebut dan di terang dengan sepenuhnya.
Sebelum Imam Ghazali menerangkan fadhilat membaca Al-Quran, terlebih dahulu beliau menjelaskan setakat mana nilai Al-Quran pada pandangan Tuhan .
Nikmat yang paling besar ialah nikmat membaca Al-Quran.Jika manusia melihat nikmat yang lain mengatasi nikmat membaca Al-quran bererti orang itu tidak dapat menilai antara kaca dengan intan permata .
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"bahawa sepaling afdal ibadah dikalangan umatku ialah (tilawah) membaca Al-Quran.
Jika dikira ibadah dalam bentuk bacaan seperti membaca hadis, tasbih, zikrullah,tahmid (memuji Allah SWT) maka baca Al-Quran dikira ibadat yang paling afdal sekali.
Bukan dibanding dengan ibadah jenis lain seperti jenis perbuatan umpamanya solat,puasa,haji dan sebagainya boleh jadi ada yang afdal lagi.
Tetapi sekiranya dalam ibadah jenis bacaan , selain daripada membaca Al-Quran tiada yang lebih afdal mengatasinya.
Sesunggunya jika terlalu susah menghafal selawat dan doa-doa ,lebih utama jika membaca Al-Quran.Di dalam Al-Quran sendiri terdapat begitu banyak tasbih , doa-doa , zikrullah dan istighfar.
Contohnya:"Lailaha illa anta inni kuntu minazzolimin" doa ini yang termasyur lagi "Robbana zolamna anfusana wa illam taghfir lana lanakunanna minal k hosirin" ini istighfar Nabi Adam yang termasyur dalam Al-Quran yang kerananya diampun dosanya setelah terkeluar dari syurga.
Berkata Abdullah ibnu Mas'ud:"Kalau kamu berkehendakkan ilmu maka hendaklah kamu sebarkan Al-Quran kepada orang ramai, kerana dalamnya terdapat ilmu-ilmu manusia zaman dahulu kala dan ilmu-ilmu manusia yang akan datang kemudian hari "
Kita sedang memperkatakan tentang kelebihan Al-Quran dan ahli-ahlinya(para perjuangan).Kehidupan sepanjang usia sebagai orang islam bergantung sepenuhnya terhadap AL-QURAN dan HADIS , jika tiada Al-Quran dan Hadis maka Islam pun tidak wujud di muka dunia ini .
Oleh yang demikian Al-Quran adalah merupakan Al-Kitab pegangan hidup dan disebut sebagai mukjizat yang agung .
Di samping mukjizat seperti nabi-nabi lain yang hanya dapat dilihat oleh manusia yang hidup sezamannya sahaja seperti terbit air dari celah jari Nabi SAW dan sebagainya adapun Al-QUran adalah mukjizat yang dapat di saksikan oleh mereka yang sezaman dengan Nabi SAW dan manusia selepas wafatnya hingga ke hari kiamat yang manusia tidak boleh tambah setitik atau sehuruf pun.
Pada pendapat Abdullah bin Mas'ud tidak mungkin seseorang mendapat ilmu tanpa mencarinya daripada Al-Quran kerana segala ilmu untuk umat kemudian hanya terdapat di dalam Al-Quran.
Ilmu sebenar yang layak di panggil ilmu hanya ilmu yang terdapat dalam Al-Quranul Karim adapun ilmu yang lain yang hanya diperolehi dengan akal fikiran yang bukan datang dari wahyu Allah SWT.
Begitu juga dinukil beberapa kata-kata orang dahulu oleh seorang alim masyur yang menjadi gabenor pertama bagi Sayyidina Umar r.a yang memerintah Mesir iaitu Amru bin Al-'Ash dengan katanya yang bermaksud : "Mana-mana orang membaca Al-Quran bererti ia mendapat nubuwwah (semangat kenabian) tempias kenabian yang telah dimasukkan di antara dua lambung kiri dan kanan ."
Apa yang di maksudkan orang yang baca al-quran (qari) waktu itu ialah pembaca dan tok guru yang arif mentafsir dan beramal dengan Al-Quran.
Sebagaimana Nabi SAW mendapat wahyu dari langit secara langsung begitu juga pembaca Al-Quran (qari) itu yang sebenar.
Bagaikan mendapat ilmu secara langsung daripada Allah SWT walaupun qari itu bukan nabi tetapi tempias Nubuwwah dapat juga kepadanya .